Mary Martin Booksellers
Mary Martin Booksellers
Mary Martin Booksellers
MaryMartinBooksellers
Back Book Title Antologi Cerpen Penerima Anugerah S.E.A. Write Malaysia-Thailand

USD 18.00
(Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)

Antologi Cerpen Penerima Anugerah S.E.A. Write Malaysia-Thailand
title_underline_icon

- (Organised) Syed Mohd Zakir
- Malaysia
- Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad, Malaysia
- 9789674607494
- 2018
- xxvi, 398p.
- 450 gms.
-
Select your Country : 

Shipping Charges would be $ 16.0 for 450 gms.

View Shipping
-
   
title_underline_icon
1. Short stories, Malay Penerbitan Antologi Cerpen Penerima Anugerah S.E.A. Write Malaysia-Thailand ini adalah antara usaha yang diikhtiarkan oleh ITBM dan dana Kanokphong Songsomphan untuk mengeratkan hubungan dua negara berjiran – Malaysia dan Thailand - melalui sastera. Dalam konteks ini, 14 buah karya cerpen daripada 14 orang penulis yang pernah menerima S.E.A Write Award daripada kedua-dua buah negara (tujuh orang daripada setiap negara) telah dipilih. Masing-masing karya menggarapkan isu yang berbeza tetapi mempunyai aroma serantau yang apabila dihalusi akan menjumpai satu titik temu kerana kesenian yang baik selalu tepu dengan maksud yang lebih baik daripada rupa bentuk fizikalnya. Hasil perkongsian melalui budaya dan sastera ini memungkinkan dua bangsa serantau, yang pernah dipecahbelahkan oleh bangsa penjajah suatu ketika dahulu, kembali meninjau asal usul masing-masing lalu mengembalikan kesefahaman yang sebenar-benarnya. Untuk tujuan menyebarluaskan pembacaan serta untuk merealisasikan matlamat penerbitannya supaya biar betul-betul sampai kepada khalayak pembaca, antologi ini diterbitkan dalam dua versi – bahasa Melayu (diterbitkan oleh ITBM) dan bahasa Thai (diterbitkan oleh dana Kanokphong Songsomphan). Para cerpenis penerima S.E.A. Write Award dari Thailand yang karyanya dimuatkan dalam antologi ini ialah Sila Komchai, Phaitoon Thanya, Vachara Sajasarasin, Rewat Phanpipat, Prabda Yoon, Jadet Khamjorndej dan Dan-Aran Saengthong manakala para cerpenis penerima S.E.A. Write Award dari Malaysia pula terdiri daripada Jong Chian Lain, S.M. Zakir, Siti Zainon, Anwar Ridhwan, Azizi Haji Abdullah, Zaen Kasturi dan Azmah Nordin.

Mary Martin Booksellers