| Country | |
| Publisher | |
| ISBN | 9789834495718 |
| Format | HardBound |
| Language | Malay |
| Year of Publication | 2009 |
| Bib. Info | 228p. ; 30cm. |
| Product Weight | 1750 gms. |
| Shipping Charges(USD) |
Kota Iskandar bagi Johor adalah ibarat Putrajaya bagi Malaysia. Kedua-duanya dibina sebagai pusat pentadbiran kerajaan. Pada November 2008, Johor menjadi negeri Malaysia yang pertama mengikut jejak Kerajaan Persekutuan apabila jabatan kerajaan negeri mula berpindah dari Johor Bahru ke Kota Iskandar. Faktor ekonomi, sosial dan alam sekitar mendorong pembangunan Kota Iskandar, salah satu pembangunan utama Iskandar Malaysia, zon pertumbuhan baru di Malaysia. Buku ini menjejaki pembangunan Kota Iskandar, yang direka bentuk untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat dan pelabur. Ia juga menunjukkan bangunan mercu tanda Fasa 1, dengan lokasi tepi pantai, warisan seni bina, kawasan lapang dan taman landskap yang segera menjadi daya tarikan pelancong. Ini hanya permulaan... Apabila kesemua fasa siap, Kota Iskandar dijangka menjadi tempat pertemuan orang ramai yang datang dari jauh dan dekat untuk berurusan dan bersiar-siar.