Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789670922607 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2018 |
Bib. Info | xiv, 310p. |
Shipping Charges(USD) |
1. Short stories, Malay 2. Malay ficiton Kumpulan Cerpen: Dan Aku Mengerti Juga merupakan himpunan 29 buah cerpen yang ditulis pada tahun 1981 hingga tahun 1992 yang pernah diterbitkan di dalam beberapa buah kumpulan cerpen pada tahun-tahun ‘80an dan ‘90an. Cerpen-cerpen ini berlatarkan suasana kehidupan masyarakat pada zaman suku akhir abad ke-20. Ia menyentuh isu sikap manusia dan keagamaan dalam kehidupan seharian. Cerpen-cerpen yang diketengahkan dalam buku ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian peribadi pengarang sewaktu beliau berkecimpung di dalam dunia pendidikan, di samping sebagai orang kampung dan pemerhati masyarakat. Kisah-kisah yang dituliskan sesungguhnya ada kelainan dengan cerpen yang ada pada hari ini. Penggunaan ayat, pemilihan kata dan pengolahannya jelas memperlihatkan gayanya yang santai dan tersendiri sifatnya berbanding dengan penulis-penulis lain. Membaca cerpen dalam Kumpulan Cerpen: Dan Aku Mengerti Juga ini akan menimbulkan rentetan persoalan kepada pembaca dan mengajak pembaca kembali kepada manusiawinya.