image description
# 743355
USD 18.50 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Surat Cinta Untuk Pendosa

Author :  Adnin Roslan (Ed) Aizuddin Hamid

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Sentap Press Sdn Bhd, Shah Alam, Malaysia
ISBN 9789672118244
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2019
Bib. Info 379p.
Product Weight 520 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Sahabatku... Aku tahu, bukan mudah nak melupakan kisah silam. Aku tahu, bukan mudah nak meninggalkan maksiat yang sering menghantuimu siang dan malam. Sehingga, pernah terdetik di dalam hatimu: “Aku dah tiada harapan lagi untuk ke syurga... .” “Allah murka kepadaku... . ” “Aku ini pasti diazab di dalam neraka!” Hatimu merintih. Terasa sebak, sehingga air matamu mengalir nberkali-kali. Setiap hari, setiap malam. Tangisanmu, hanya kau dan Dia sahaja yang tahu. Pejamkan matamu, tarik nafasmu dan senyumlah. Hakikatnya, Allah amat cintakan kau. Allah reda kepadamu. Allah memahami segala isi hatimu. Allah terima segala linangan air mata taubatmu. Allah dengar segala luahan dan rintihanmu. Kasih sayang Allah kepadamu, lebih daripada kasih sayang seorang ibu terhadap bayi kecilnya; seperti mana sang ibu tak tergamak ingin mencampakkan bayinya ke dalam api, seperti itulah Allah tak mahu masukkan hambaNya ke dalam neraka. Dia tak pernah jemu mengampunkanmu tika kau meminta ampun. Dia tak jemu menerima taubatmu ketika kau bertaubat. Aku cuma ingin kau tahu, Allah amat sayangkanmu. Malah, jika Allah detikkan hatimu untuk kembali, bermakna dia amat menantimu untuk kembali. Ku hadiahkan untukmu, SURAT CINTA UNTUK PENDOSA ini, agar kau mula dekat denganNya, dan bahagia bersamaNya.

Product added to Cart
Copied