Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789672422068 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2020 |
Bib. Info | 350 p |
Categories | History -- Malaysia |
Shipping Charges(USD) |
Karya ini mempersembahkan riwayat perjuangan dan ke‘ilmuan ‘alim besar bangsa Melayu, iaitu Shaykh ‘Abdu’Llah bin Ibrahim al-Filfilani al-Jawi. Riwayat beliau ini akan diteliti bermula daripada jasa gurunya, Shaykh Wan Ahmad al-Fatani yang bertanggungjawab menyalakan perjuangan kebangsaan ‘Alam Melayu dan pengaruh sahabat seperguruannya di Makkah, Kiyai Haji Hashim ‘Ash‘ari yang mengasaskan pertubuhan terbesar Muslim di dunya, Nahdlatul Ulama di Indonesia. Pelbagai peristiwa bersejarah Shaykh ‘Abdu’Llah Fahim sebagai Tuan Guru Tanah Melayu dan bagaimana beliau diruju‘ dalam pelbagai keputusan besar tanah air akan ditinjau dengan mendalam. Kerangka pemikiran beliau juga dibentangkan dan dibandingkan dengan prinsip-prinsip yang disepakati oleh ‘ulama’ Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Istimewanya karya ini menampilkan perumian bernota kaki: • Wasiyyat Shaykh ‘Abdu’Llah Fahim kepada bangsa Melayu • Khutbah al-Iqaz—Khutbah Penyedar dan Penggerak perjuangan kebangsaan, yang Shaykh ‘Abdu’Llah Fahim karangkan untuk dibaca ke seluruh masjid di Tanah Melayu; • Gubahan sha‘ir taqariz dan kata pengantar Shaykh ‘Abdu’Llah Fahim dalam pelbagai kitab-kitab ‘ulama’ sezamannya • Risalah Ketetapan Majlis Mudhakarah ‘Ulama’ Se-Malaya di Kepala Batas berserta tahqiq dan ta‘liq, sebagai bukti bersejarah kedalaman ‘ilmu ‘ulama’ Tanah Melayu dalam menyelesaikan 15 mas’alah khilafiyyah untuk menjaga persatuan bangsa Melayu yang mulai tergugat dengan kemasukan fahaman yang bercanggah dengan kesepakatan ‘ulama’ Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah sepanjang zaman.