focus in
# 866426
USD 16.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Mahasiswa Kompetitif:Satu Dimensi Kebolehpasaran

Author :  Mohd Dino Khairri Shariffuddin, Laila Suriya Ahmad Apandi, Muslimin Wallang (Eds)

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
UUM Press, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
ISBN 9786297582078
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2023
Bib. Info xx, 267p. Include Index & Bibliography.
Categories Education
Product Weight 500 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Buku ini merupakan kesinambungan daripada buku yang bertajuk Kepimpinan, Mobiliti dan Kesukarelawanan Mahasiswa. Melengkapi daripada buku terdahulu, buku terbaharu ini turut akan dijadikan sebagai titik penyediaan graduan dalam dunia pekerjaan. Mahasiswa hari ini tidak seharusnya didendangkan atau dibuai dengan ungkapan seperti ‘kerja akan mencari kita’, ‘peluang kerja pasti ada’, ‘ekonomi berada dalam keadaan yang baik’ atau ‘segulung ijazah ialah lesen untuk kita mengubah sosioekonomi keluarga’. Hal ini adalah kerana corak kebolehpasaran graduan pada hari ini amat sukar untuk diramal berikutan daripada kehendak pihak industri, pasaran dan majikan yang terlalu demanding. Di samping itu, keadaan ekonomi dan politik dunia yang tidak menentu pada ketika ini telah menyebabkan setiap graduan seharusnya mempersiapkan diri untuk bersaing di medan realiti kehidupan. Setiap graduan pada ketika ini bukan lagi berhadapan dengan persaingan global atau orang lain, tetapi setiap graduan pada hari ini harus berjuang untuk diri sendiri. Seseorang graduan itu perlu menjadi lebih baik untuk mencapai kemenangan dan mampu menciptakan ruang kebolehpasaran kepada orang lain. Buku ini turut membincangkan trend budaya mahasiswa pada ketika ini dalam beberapa aspek kehidupan yang dinilai mampu menarik pelbagai pihak untuk diteliti dan dikaji. Karya ini sesuai dibaca oleh masyarakat terutamanya kumpulan mahasiswa memandangkan setiap kupasan topik yang dikongsi bersesuaian dengan kehidupan setiap orang.

Product added to Cart
Copied