Country | |
Publisher | |
ISBN | 9786297547886 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2023 |
Bib. Info | 216p. Include Index |
Categories | Education |
Product Weight | 400 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Didik Hibur merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang diberi penekanan dalam kurikulum pendidikan abad ke-21. Didik Hibur boleh dijalankan dalam semua mata pelajaran, dan tidak semestinya terikat kepada mata pelajaran bahasa sahaja. Oleh kerana kaedah Didik Hibur lebih bersifat 'bermain sambil belajar', maka kaedah ini amat sesuai digunakan dalam semua sesi PdP di dalam bilik darjah. Didik Hibur memerlukan kreativiti guru dalam merangsang dan menggalakkan murid untuk aktif sepanjang tempoh PdP dijalankan. Kreativiti guru dalam menggunakan pelbagai instrumen, bahan bantu mengajar dan lain-lain bahan yang berbentuk Didik Hibur akan menjadikan sesi PdP itu menarik, menyeronokkan dan tidak membosankan. Murid atau pelajar menjadi aktif dan terlibat dalam proses PdP. manakala guru lebih bertindak sebagai pemudah cara dan pembimbing mengikut objektif PdP yang dirancangkan. Buku yang terhasil daripada enam (6) kajian/penyelidikan Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu ini boleh dijadikan sumber rujukan dan panduan, terutamanya kepada guru dan murid/pelajar bagaimana hendak menggunakan kaedah Didik Hibur. Kajian yang dijalankan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif ini melihat daripada pelbagai peringkat kajian berkaitan pelaksanaan kaedah Didik Hibur dalam PdP guru Bahasa Melayu. Ada kajian kuantitif menggunakan kaedah tinjauan dan kaedah eksperimen dikaji oleh guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah dan juga di sekolah swasta. Begitu juga kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual bagi meneroka kaedah Didik Hibur dalam PdP guru Bahasa Melayu yang mengajar di pelbagai peringkat persekolahan dan pengajian. Semua dapatan kajian kuantitatif dan kualitatif ini amat bermanfaat untuk dijadikan sumber rujukan kepada para pelajar Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda di semua peringkat program pengajian pendidikan untuk meneliti dan mengkaji kepentingan dan hasil kajian yang terdapat dalam buku penyelidikan ini untuk dibuat kajian lanjutan.