Country | |
Publisher | |
ISBN | 9786297547480 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2023 |
Bib. Info | 316p. Include Index |
Categories | Health & Medicine |
Product Weight | 500 gms. |
Shipping Charges(USD) |
Rosel adalah tumbuhan ubatan yang terkenal di seluruh dunia dan boleh ditemui di kebanyakan negara tropika termasuk Malaysia. Hampir semua bahagian pada pokok rosel boleh digunakan sebagai sumber makanan dan perubatan, namun bahagian yang paling popular adalah kelopaknya yang lebih dikenali sebagai kaliks. Kaliks rosel sangat popular digunakan sebagai sumber makanan atau dalam perubatan tradisional. Rosel mempunyai pelbagai sebatian penting yang terkenal dengan nilai perubatan terutamanya polifenol dan vitamin C. Kini, kegunaan rosel dalam bidang kesihatan dan industri makanan semakin mendapat perhatian. Oleh itu, banyak kajian telah dilakukan bagi merungkai khasiat rosel dalam mencegah dan mengubati pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, penyakit radang hati, masalah kardiovaskular, obesiti dan ketidaksuburan. Disebabkan potensi rosel dalam industri makanan dan kesihatan maka industri penanaman rosel semakin meningkat di Malaysia. Penulisan buku ini bertujuan untuk mendokumentasikan bukti dan maklumat hasil penyelidikan mengenai khasiat kaliks rosel. Buku ini memberi tumpuan kepada komposisi sebatian fitokimia dan kesan terapeutik rosel serta potensinya untuk dibangunkan sebagai produk kesihatan dan makanan yang berkhasiat. Buku ini mengandungi 13 bab yang mana pada bab 1, 2 dan 3 akan menumpukan kepada sifat-sifat umum rosel, varieti rosel dan kandungan sebatian fitokimia aktif yang diperoleh daripada pelbagai kaedah pengekstrakan, aktiviti biologi sebatian fitokimia serta penilaian keselamatan ekstrak rosel. Manakala potensi ekstrak kaliks rosel dalam bidang kesihatan akan dibincangkan dalam bab 4 hingga bab 11 yang meliputi potensi untuk mencegah penyakit kardiovaskular, penyakit hepar, kanser, obesiti serta potensinya untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan pengembangan sel stem darah. Akhirnya pada bab 12 dan 13 membincangkan potensi rosel dalam industri makanan dan pembangunan nutraseutikal untuk bidang kesihatan.