focus in
# 866448
USD 11.60 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Sehingga Aku Sudi:Menanti pada yang sudi walaupun ada ketikanya aku terasa hati…

Author :  Azieana

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Dear Novels Sdn Bhd.,Malaysia
ISBN 9789672902638
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2023
Bib. Info 470p.
Categories Literature
Product Weight 400 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Menanti pada yang sudi walaupun ada ketikanya aku terasa hati... Milia dan Mikael telah menjalinkan hubungan cinta sejak bertahun-tahun, tapi hubungan itu gagal diikat dengan sebuah perkahwinan. Hubungan cinta mereka juga selalu ada pasang surut dan tidak direstui oleh keluarga Milia. Perkenalan Milia dengan Dato’ Ian Zulkarnain kerana berebutkan sehelai gaun telah membuka lebaran baru. Pertemuan demi pertemuan membuatkan hubungan mereka menjadi rapat. Disebabkan beberapa perkara, Milia nekad memutuskan hubungannya dengan Mikael dan mula menerima kewujudan Ian dalam hidupnya. Dalam masa yang sama, syarikat papa Milia menghadapi masalah. Ian memberi bantuan. Bantuan itu mengikat hubungan Milia dan Ian sebagai suami isteri. Selepas berkahwin, sikap Ian terus berubah. Milia jadi keliru. Kewujudan Kayra juga membuatkan hidup Milia jadi tak aman. “I tetap nakkan Ian. I nak bersama dia semula. Jadi, I nak you berpisah dengan dia. Terpulanglah macam mana you nak buat. Yang pasti, you dan Ian kena bercerai.” - Kayra Kematian papanya memberi kesan kepada Milia sehingga dia nekad meninggalkan Ian kerana menganggap Ian penyebab kematian papanya. “Lia tak minta dijadikan sebagai isteri abang. Abang yang melamar Lia. Hakikatnya, abang tak ikhlas menikahi Lia. Abang memang berniat nak musnahkan keluarga Lia sebab dendam.” - Milia Benarkah Ian penyebab papa Milia meninggal dunia atau ada musuh lain yang cuba merosakkan hubungan Ian dan Milia? Bagaimana dengan perasaan Milia, masihkan dia sudi menerima Ian dalam hidupnya atau kembali untuk bersama Mikael?

Product added to Cart
Copied