focus in
# 866480
USD 14.80 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Kaedah Pemantapan Semangat Cintakan Negara Melalui Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Berteraskan Patriotisme

Author :  Ku Hasnita Ku Samsu, Zaitul Himmah Adnan, (et als.)

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia, Malaysia
ISBN 9789670035253
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2022
Bib. Info xxii, 90p. Include Indexs.
Categories Politics/Current Affairs
Product Weight 250 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Meskipun pendidikan yang melibatkan subjek berteraskan patriotism bagi memantapkan semangat cintakan negara telah lama wujud dalam sistem pendidikan negara kita, namun matlamat tersebut seolah-oleh tidak tercapai secara menyeluuh. Hal ini terbukti melalui laporan media mengenai isu semasa yang menggambarkan kerapuhan serta kelunturan semangat patriotic warga terutamanya generasi muda. Umpamanya isu kritikan dan penghinaan terhadap institusi beraja, agama Islam, lagu kebangsaan, bendera negara dan bahasa kebangsaan. Sehubungan itu, pendidikan patriotism yang bertindak sebagai salah satu mekanisme penting untuk memantapkan patriotism generasi muda khususnya pada pelajar perlu dikaji semula. Dalam konteks ini, kebanyakkan pelajar beranggapkan bahawa subjek berteraskan patriotism adalah membosankan kerana mereka terpaksa mengingati fakta sejarah. Justeru, pelajar perlu berusaha sedaya upaya untuk mencari minat pelajar terhadap subjek tersebut bagai mencapai objektif pembelajarannya. Lantaran itu, penulisan buku yang berasaskan kepada penyelidikan ini telah diusahakan untuk mengenal pasti teknik pengajaran dan pembelajaran subjek berteraskan patriotism yang bersesuaian dari sudut pandang pelajar. Pendekatan penyelidikan yang berkonsepkan bawah-atas dalam pengumpulan data melalui teknik kumpulan nominal (NGT) adalah merupakan kelebihan buku ini. Menerusi pendekatan ini, penentuan kaedah bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek berteraskan patriotism adalah dilakukan oleh pelajar sendiri. Hal ini kerana, proses penghayatan patriotisme akan lebih mudah berlaku jika kaedah yang digunakan adalah berdasarkan pilihan dan kehendak pelajar. Ringkasnya, kaedah-kaedah yang dibincangkan dalam bab ini adalah berpaksikan kepada kehendak dan keinginan responden sendiri supaya sesi pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menyeronokkan, menarik, hidup, interaktif serta tidak membosankan, sekali gus memberi kesan yang positif terhadap kemampuan pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran subjek terbabit.

Content Details

1. Patriotism?Study and teaching. 2. Nationalism?Study and teaching.

Product added to Cart
Copied