focus in
# 866489
USD 24.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Kaedah Pentafsiran M. Quraish Shihab dalam Tafsir al-Mishbah

Author :  Abur Hamdi Usman, Mohd Farid Ravi Abdullah, Mazlan Ibrahim

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia, Malaysia
ISBN 9786297590103
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2023
Bib. Info xvi, 276p. Include Indexs.
Categories Religion - Islam
Product Weight 500 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Kecenderungan ulama dalam penulisan karya sesuatu bidang ilmu pada setiap kurun bergantung kepada keadaan sosial masyarakat yang melingkungi. Penulisan tentang kaedah tafsir telah lama diterokai oleh ulama bermula dari zaman Badr al-Din al-Zarkashi (1344-1392 M.) pada kurun ke-8 sehingga M. Quraish Shihab (l. 1944) pada kurun ke-21. Namun karya-karya seperti ini amat langka didapati pada rak-rak perpustakaan sehingga jauh sekali untuk dijadikan bahan kajian oleh para penuntut ilmu generasi masa kini. Sebagai contoh di dunia Melayu, sejak zaman awal mufasir pertama (abad ke-17) yang dirintis oleh Syeikh ‘Abd al-Ra’uf al-Fansuri al-Sinkili (1615-1693 M.) sehingga tahun 2012 (abad ke-21) belum didapati karya yang membahaskan tentang kaedah tafsir secara khusus dalam sebuah buku. Meskipun terdapat mufasir Nusantara, seperti Teungku Hasbi al-Shiddieqi (1904-1975 M.) yang membincangkan kaedah tafsir, tetapi ia hanya termuat dalam perbahasan bab dalam buku dan merupakan terjemahan daripada kitab primer yang bersumber daripada bahasa Arab. Fenomena ini sewajarnya tidak berlaku memandangkan kaedah tafsir merupakan salah satu alat bantu yang amat mustahak untuk dikuasai oleh seorang mufasir bagi mendapatkan panduan dalam mentafsirkan al-Quran selaras dengan kehendak syarak serta dapat dipertanggungjawabkan secara ilmiah.

Product added to Cart
Copied