Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789672440956 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2025 |
Bib. Info | 135p. |
Categories | History |
Product Weight | 200 gms. |
Shipping Charges(USD) |
"Melayu" adalah suatu nama yang luar biasa. Sehingga ke hari ini, pencarian asal-usul dan makna di sebalik nama itu tidak pernah selesai. Pelbagai pandangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak, masing-masing dengan rumusan dan hujah sendiri. Beberapa tahun lalu, misalnya, terbit lagi sebuah buku yang kononnya telah menemui jawapan muktamad tentang makna Melayu. "Melayu," kata seorang sarjana yang menjadi masyhur kerana sering bercakap tentang Melayu dan kemelayuan itu, adalah ciptaan orang dan kuasa Barat yang telah meninggalkan banyak warisan yang bermanfaat di rantau ini. Dalam buku "Sejarah Melayu" pun, dakwa sarjana itu, asalnya tiada perkataan "Melayu." Istilah itu, katanya, disisipkan oleh para penyalin kurun ke-19 yang dipengaruhi oleh tuan-tuan Belanda dan Inggeris mereka. Pendeknya, Melayu tiada rupa dan jati diri yang asli. Orang Melayu tidak pernah mengenal dirinya sendiri. Dakwaan seperti ini, yang kononnya berasaskan hakikat sejarah, sesungguhnya mengelirukan. Sama ada disedari ataupun tidak, sarjana tersebut nyata sedang meneruskan tradisi melihat sejarah "dari atas geladak anjung" seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian nenek moyangnya dahulu. "Bebanan orang putih" sedang digalasnya kini.