| Country | |
| Publisher | |
| ISBN | 9789834603175 |
| Format | PaperBack |
| Language | Malay |
| Year of Publication | 2009 |
| Bib. Info | xxxviii. 455p. ; 21cm. |
| Shipping Charges(USD) |
Drama Pilihan Abad 20 Jilid 1 menghimpunkan 9 skrip drama pentas yang dihasilkan 9 pengarang yang disusun mengikut kronologi dengan melihat setiap pengarang dapat mewakili zamannya, seperti Shaharom Husain, Kalam Hamidi, Kala Dewata, Awang Had Salleh, Othman Haji Zainuddin, Mana Sikana, Dinsman, Noordin Hassan dan Zaine Ozea. Drama-drama yang dihasilkan bertujuan untuk memenuhi aspirasi bangsa ini dipilih berdasarkan criteria-kriteria tertentu, dan sangat penting untuk dijadikan sebagai warisan sastera Melayu sejak zaman Abdullah Munsyi hingga akhir abad ke-20. Pelbagai tema dan persoalan yang cuba diketengahkan, merupakan rakaman peristiwa yang dilalui oleh pengarang pada zamannya, sekali gus menjadi wadah bagi menyalurkan pemikiran dan tanggapan mereka tentang situasi yang melanda masyarakat pada ketika itu.