image description
# 167269
USD 25.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang, 1730-An – 2012

Author :  Mahani Musa

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Think City Sdn Bhd., Malaysia
ISBN 9789671178119
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2014
Bib. Info 240p.
Product Weight 702 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Masjid dan keramat merupakan warisan sosio budaya dan agama yang menjadi bukti sumbangan masyarakat Islam terhadap perkembangan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan dan petempatan penting sejak abad ke-18. Di sebalik kerencaman persaingan untuk membina kehidupan di tempat baru ini, masyarakat Islam di negeri itu meneruskan tradisi keagamaan dengan membina surau dan masjid untuk tujuan beribadat selain berbuat kebajikan menerusi tradisi menderma dan mewakaf harta benda. Manakala keramat pula menjadi tempat manusia di tempat baru ini menyerahkan harapan dan impian hidup masing-masing. Menariknya, berbeza dengan masjid yang menjadi tempat beribadat yang khusus bagi orang Islam, keramat pula menjadi tempat manusia daripada pelbagai latarbelakang sosial, agama dan budaya berkongsi ruang dan bercampur gaul antara satu sama lain. Buku ini mengandungi 75 kata masukan masjid dan 24 kata masukan keramat yang terdapat di Pulau Pinang sejak 1730-an hingga 2012. Koleksi kata masukan masjid dan keramat ini diharap dapat memberi pemahaman kepada masvarakat Islam dan masyarakat bukan Islam di Pulau Pinang, dan di negeri-negeri lain di Malaysia dan tempat-tempat lain tentang bagaimana manusia daripada kelompok yang berbeza-beza dari segi agama dan budaya masih boleh berkongsi ruang dalam hal-hal sosio budaya dan keagamaan seperti yang dapat dilihat dalam sejarah pembinaan masjid dan keramat di negeri itu. Tags: Arts & Culture, History, Mahani Musa, Malaysia,

Content Details

1. Mosque - Pulau Pinang - History. 2. Muslim saints - Pulau Pinang.

Product added to Cart
Copied