image description
# 265592
USD 12.50 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Cina Peranakan Kampung Pasir Parit Kelantan : Pengkalan dan Penyelerasan Identiti

Author :  Tan Yao Sua, Kamarudin Ngah, Sezali Md Darit

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Strategic Information and Research Development Centre, Malaysia
ISBN 9789670960906
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2017
Bib. Info x, 114p. Includes Index ; Bibliography pg91.
Product Weight 200 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

1. Chinese – Kelantan – History 2. Chinese – Terengganu – Social life and customs 3. Chinese – Terengganu – Ethnic identity Cina Peranakan merupakan sekumpulan subetnik Cina di negara ini. Mereka memperlihatkan identiti yang amat berbeza daripada orang Cina jati. Identiti mereka terdiri daripada identiti Cina yang diwarisi daripada generasi awal dan identiti yang dipupuk menerusi akulturasi oleh penduduk tempatan. Kebanyakan kajian tentang Cina Peranakan di negara ini tertumpu kepada Cina Peranakan yang menetap di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutamanya Baba dan Nyonya dari negeri Melaka dan Pulau Pinang. Padahal, terdapat juga sekumpulan Cina Peranakan yang besar yang menetap di pantai timur Semenanjung Malaysia, terutamanya negeri Kelantan. Malangnya, Cina Peranakan Kelantan tidak banyak dikaji oleh sarjana sedangkan amalan budaya mereka agak berbeza daripada Cina Peranakan yang menetap di pantai barat dan wajar diberikan perhatian yang setimpal. Lagipun, kehidupan sosiobudaya mereka menyumbang kepada pengkayaan sosiobudaya negeri Kelantan. Monograf ini mengkaji Cina Peranakan Kelantan dengan memilih Cina Peranakan Kampung Pasir Parit sebagai satu kajian kes atas dua sebab utama. Pertama, mereka merupakan kumpulan Cina Peranakan yang terbesar di negeri Kelantan. Kedua, mereka tidak diserap oleh masyarakat Cina jati dan masih mengekalkan kebanyakan identiti Peranakan mereka. Tumpuan monograf ini adalah terhadap pengekalan dan penyelarasan identiti dalam kalangan Cina Peranakan Kampung Pasir Parit. Identiti Cina Peranakan Kampung Pasir Parit merangkumi tiga komponen identiti yang berbeza, iaitu Cina, Melayu dan Siam. Identiti ini adalah lebih kompleks daripada identiti kumpulan-kumpulan Cina Peranakan yang lain di negara ini. Untuk meninjau pengekalan identiti, pembentukan identiti tersebut perlu difahami terlebih dahulu. Selain itu, pengekalan identiti turut membabitkan isu penghakisan sesetengah identiti asal Cina Peranakan Kampung Pasir Parit. Daripada segi penyelarasan identiti, monograf ini meninjau tatacara Cina Peranakan Kampung Pasir Parit menonjolkan komponen identiti mereka yang berbeza itu untuk mengelakkan berlakunya krisis identiti. Subjek: Sejarah, Budaya, Kajian Entik, Cina, Kelantan.

Product added to Cart
Copied