image description
# 326518
USD 29.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Budaya Harian Politik Sarawak

Author :  Awang Azman Awang Pawi

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
UM Press
ISBN 9789831009703
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2017
Bib. Info 250 p
Shipping Charges(USD)

Product Description

1. Sarawak (Malaysia) – Politics and government 2. Sarawak (Malaysia) – History 3. Government publications – Malaysia Buku ini memancarkan isu-isu sosiopolitik Sarawak yang terus bergema dengan semangat zaman seawal tahun 2005 hingga berlangsungnya pilihan raya negeri Sarawak ke-10. Detik tersebut ialah pada akhir era pemerintahan Tun Abdul Taib Mahmud yang terkenal dengan agenda politik pembangunan. Pemerintahan 33 tahun sebagai Ketua Menteri Sarawak pula mempunyai idionsinkrasi yang tersendiri dan menarik untuk diteliti. Pada masa yang sama, isu-isu dalaman komponen Barisan Nasional Negeri Sarawak seperti konflik dalaman SUPP, SPDP, PRS turut diberikan perhatian kerana apabila isu-isu ini tidak ditangani dengan baik maka akan timbul perpecahan yang sudah dapat dijangka dalam analisis ini. Isu-isu dalam parti politik sendiri seperti penjenamaan politik, konstruksi politik cool, menegakkan hal asasi menerusi undi, kemiskinan bandaran, kesedaran politik baharu, media baharu dan implikasi kepada politik semasa, debat politik dan politik debat, memahami budaya politik tempatan kesemuanya diberikan perhatian oleh penulis. Sementelahan itu, perjuangan parti mengekalkan kerelevanan pada zaman semasa juga turut dianalisis bagi memberikan pencerahan terhadap situasi politik Sarawak khususnya dan kesannya terhadap politik Malaysia. Politik di Putrajaya juga dianalisis kerana situasi politik pusat mempunyai kepentingan tertentu terhadap politik di negeri Sarawak mahupun di Sabah. Kesemua ini dianalisis secara mikro dan permasalahan yang berlaku sebelum jalan penyelesaian dicapai turut dikemukakan. Hampir semua yang dianalisis dan diramalkan didapati tepat dan benar-benar berlaku. Buku ini penting dalam usaha menganalisis situasi pada era pemerintahan Tun Abdul Taib Mahmud agar dapat memahami kesinambungan era pemerintahan seterusnya.

Product added to Cart
Copied