image description
# 326648
USD 15.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Aku Budak Jam Getah

Author :  Azhar Ibrahim

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
IdieGo Enterprise, Malaysia
ISBN 9789671496329
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2017
Bib. Info vi, 202p.
Product Weight 230 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Segalanya bermula dengan misi ‘Triple 10’ dalam merealisasikan seutas jam tangan yang paling power di dunia. Pada tahun 1981, Kikuo Ibe, seorang engineer bersama dua orang lagi rakan sekerja membentuk pasukan ‘Project Team Tough’. Setelah beratus-ratus prototaip diuji-musnah, dua tahun kemudian, sebuah model jam yang disenyawakan oleh misi ‘Triple 10’ tadi akhirnya tercipta. Tapi ini bukan buku yang nak bercerita keseluruhannya pasal jam yang terkenal tu, ini buku yang mendokumentasikan spirit and the struggle sarwajagat komuniti lokal yang mendokong jam tersebut. Daripada regular buyer yang pakai suka-suka kepada collector yang punya model rare yang boleh dibangga, daripada self-proclaimed McGuyver yang main bedal bukak jam sebab nak repair sendiri kepada assembler yang boleh bikin seutas jam even from scratch, daripada penggemar aksesori yang minat gabungan pelbagai warna kepada customizer yang tahu selera anak tekak penggila trend masa kini, buku yang kau pegang ni ada setiap kisah tentang mereka. Komuniti jam ni bukan biasa-biasa. Sebut sahaja Umaii Chendoii, Haji, TJ Musteng, dan beberapa nama lain, pasti ramai antara komuniti ini akan mengangguk faham kredibiliti dan bragging rights yang dibawa tapi kalau ditanya kepada kita selaku masyarakat umum, pasti ramai yang angkat kening sebelah mata. Kenapa? Apa yang istimewanya nama-nama mereka ni dan komuniti yang diwakili mereka? Kalau nak dengar sembang juta-juta degar-degar, duduk dengan orang yang promote MLM pun kau boleh dapat benda macam tu, tapi kalau kau nak tahu kisah perit jerih dan manis hidup berniaga dan berkomuniti, eloklah kau baca buku ni. Hanya kerana mereka ni BUDAK JAM GETAH, tak bermakna mereka tak boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang yang pakai jam Rolex (original-lah), bro!

Product added to Cart
Copied