image description
# 370465
USD 20.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Kebangkitan Semula Islam Hinga Pasca Islamisme

Author :  Ahmad Sunawari Long

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit UKM-Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
ISBN 9789674125127
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2017
Bib. Info 246p.
Product Weight 400 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

1.Religious awakening – Islamic renewal – Malaysia 2.Islam – History Kebangkitan semula Islam adalah fenomena yang meletus di negara-negara Islam seperti Iran, Arab Saudi, Malaysia, Indonesia dan sebagainya pada tahun 1970an. Fenomena ini disebabkan oleh kekalahan Peperangan Arab-Israel pada tahu 1967, Revolusi Iran dan kenaikan harga minyak dunia. Ia juga disebabkan oleh faktor dalaman yang berlaku dalam negara Islam, antaranya Dasar Islamisasi seperti yang dilaksanakan di Pakistan dan Malaysia. Gabungan pelbagai faktor telah memberikan pelbagai impak kepada umat Islam sama ada dalam aspek penghayatan atau amalan mereka. Kebangkitan semula bukan sahaja memberika impak positif kepada umat Islam tetapi juga meninggalkan inmpak negatif seperti pemokusan yang lebih kepada politik Islam sehingga mengabaikan aspek-aspek kemanusiaan, sosial dan hubungan antara penganut agama. Penumpuan yang berlebihan untuk membina negara Islam berlandaskan syariat Islam secara total telah menyebabkan mereka mengabaikan wacana tentang demokrasi dan isu-isu sosial dan alam sekitar. Sebagai respons muncul kelompok masyarakat dan ilmuwan yang ingin membawa umat Islam kepada isu-isu demikian yang diistilahkan sebagai pasca Islamisme. Namun wacana pasca Islamisme yang berkembang pada tahun 1990an tidaklah sangat berbeza dengan wacana kebangkitan semula Islam atau dikenali sebgai Islamisme. Kedua-duanya mewacanakan Islam dalam bentuk kontemporari tetapi pasca Islamisme lebih kepada kritikan dan solusi terhadap kelompongan pada era kebangkitan semula Islam atau juga dikenali sebagai Islamisme.

Product added to Cart
Copied