image description
# 370483
USD 20.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Kegemilangan Maritim Kesultanan Melayu Melaka

Author :  Mohd Samsudin, Zulkanain Abdul Rahman & Aziz Ujang (Eds)

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit UKM-Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
ISBN 9789674124977
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2017
Bib. Info 266p. Includes Index
Product Weight 400 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

1. Government publications – Malaysia 2. Melaka (Malaysia) – History 3. Melaka (Malaysia) – Economic conditions 4. Melaka (Malaysia) – Social conditions 5. Melaka (Malaysia) – Social life and customs Buku ini adalah berasal daripada hasil penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik daripada universiti tempatan dan luar negara yang dibentangkan dalam Seminar Malaka sebagai Pusat Penubuhan Maritim Antarabangsa. Bab-bab dalam buku ini disusun mengikut tema bagi memudahkan pemahaman mengenai perkembangan yang berlaku pada zaman Melaka. Kandungan buku ini berkisar tentang kajian arkeologi berkenaan pengiraan semula tarikh penubuhan dan pengasasan Negeri Melaka yang dikatakan bermula sejak awal 1262 Masihi. Pada masa yang sama, tajuk lain yang diberikan tumpuan adalah Melaka sebagai palabuhan maritim yang berasaskan kepada sumber dari China dan sejarah hubungan Ryukyu-Melaka yang berasaskan sumber dari Jepun. Selain itu, buku ini juga menyingkap tentang kehebatan pelabuhan Melaka berasaskan sumber sejarah Indonesia, selain daripada menyentuh aspek kegemilangan hubungan diplomatik Empayar Melaka. Pada ketika itu, Melaka Berjaya menjadi kuasa perdagangan terpenting yang telah menarik kuasa besar dunia mengadakan hubungan perdagangan dengan Melaka. Melaka juga telah menjadi pusat penyebaran Islam pada rantau ini kerana Sejarah Melayu telah menggambarkan Melaka sebagai empayar Melayu dan Islam yang teguh dan stabil berdasarkan susunan politik tradisional yang teratur. Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang menjadi panduan Raja-raja dan para pembesar Melaka mentadbir Kerajaan Melaka. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan dalam menelusuri sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Product added to Cart
Copied