image description
# 370504
USD 18.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Bandaraya Bestari : Sistem Kerajaan Elektronik dan Masyarakat Global Bermaklumat

Author :  Jalaluddin Abdul Malek

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit UKM-Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
ISBN 9789674124533
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2017
Bib. Info 194p. Includes Index
Product Weight 300 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

1. Nation-state and globalization – Malaysia 2. Urban policy – Malaysia 3. City and town life – Malaysia 4. Sociology, Urban – Malaysia Bandaraya Bestari adalah konsep pembangunan bandar yang baharu dan berkonsepkan mikro kepada bandaraya global (global cities). Konsep ini masih baharu pembangunannya di Malaysia terutama pada era 1990-an dan era tahun 2000. Persoalannya bagaimanakah konsep bandaraya bestari boleh difahami oleh masyarakat jika tiada pendedahan dibuat khususnya mengenai komponen pembangunan bandar ini. Perlaksanaan pembangunan bestari (intelligent city) telah menjadi agenda utama pembangunan Rancangan Malaysia ke-8 (RMK8). Ini terbukti dua buah bandar utama telah dibina oleh kerajaan Malaysia iaitu Putrajaya dan Cyberjaya dibangunkan sebagai bandaraya bestari. Langkah tersebut juga diikuti oleh pihak swasta membangunkan kawasan bandar baharu sebagai bandaraya bestari. Sudah tiba masanya pendedahan mengenai konsep bandaraya bestari didedahkan kepada umum dan pihak yang berminat dengan isu pembangunan bandar terkini. Pembangunan bandaraya bestari ini mempunyai konsep, model dan komponen yang menggambarkan hala tuju pembangunan bandar masa hdapan. Komponen utama bandaraya bestari seperti Putrajaya telah melaksanakan sistem kerajaan elektronik dan membangun masyarakat global bermaklumat. Konsep bandaraya bestari sangat membantu dalam memajukan teknologi bandar sedia ada atau bandar baharu supaya kehidupan penduduk menjadi sejahtera, lestari, berdaya huni dan berdaya tahan. Konsep bandaraya bestari boleh disimbiosiskan dengan mikro pembangunan bandar seperti bandar selamat, bandar lestari, serta konsep bandar dalam bandar (city within cities). Kelengkapan teknologi terkini iaitu teknologi maklumat dan komunikasi (information and communications technology – ICT) adalah infrastruktur dan infostruktur utama bandaraya bestari untuk merealisasikan komponen perlaksanaan seperti sistem kerajaan elektronik.

Product added to Cart
Copied