image description
# 561845
USD 10.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Hari-Hari Terakhir di Jesselton

Author :  Ruhaini MatDarin

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka,Malaysia
ISBN 9789834917036
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2018
Bib. Info 344p.
Product Weight 300 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

1. Malaysia fiction (Malay) 2. Malay fiction. Kelab Bangsawan Seri Melati belayar ke Borneo Utara bagi memenuhi undangan Sharif Hamid untuk mengadakan persembahan di Jesselton. Razak, pengurus kelab turut mengintai peluang mendapatkan penaja supaya mereka dapat membuat persembahan di Eropah, demi mengecap kemasyhuran dan kepuasan berkarya di pentas seni bangsawan. Walau bagaimanapun, ia tidaklah semudah yang disangka. Apatah lagi kedatangan mereka pada waktu yang tidak menyebelahi nasib kerana kekuasaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara berada pada penghujung dan Jepun telah tiba di Borneo Utara.
Rancangan Kelab Bangsawan Seri Melati tidak berjalan dengan lancar. Banyak rintangan yang perlu ditempuh - Sharif Hamid yang mementingkan diri sendiri, Razak yang tiba-tiba menjadi manusia tamak, Miss Tijah dengan egonya, dan sikap kebudak-budakan Nadrah yang memeningkan. Begitu juga dengan Awang Ruskap dan kisah cintanya kepada primadona yang tidak berkesudahan. Tanpa diduga, nilai kekeluargaan dan persahabatan juga mulai goyah. Lebih mendebarkan, mereka menjadi mangsa keadaan apabila menjadi tebusan pihak yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya, mereka mengubah matlamat - nekad meninggalkan Borneo Utara dan kembali ke kampung halaman walaupun nyawa manjadi taruhan!

Product added to Cart
Copied