image description
# 749077
USD 32.50 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Akuakultur Kerapu Hibrid

Author :  Rossita Shapawi (et al.)

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
ISBN 9789672166986
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2020
Bib. Info 1v.
Categories Aquaculture – Fisheries
Shipping Charges(USD)

Product Description

Penghibridan (kacukan) ikan telah lama dijalankan sejak dahulu lagi yang bertujuan untuk mendapatkan baka baharu yang lebih baik daripada baka induk. Banyak kejayaan telah diraih di seluruh dunia yang melibatkan pelbagai spesies ikan hibrid. Bagi spesies ikan kerapu, bekalan yang mencukupi hanya dapat dipenuhi dengan adanya sumber selain daripada perikanan tangkapan iaitu sektor akuakultur. Kerapu hibrid (kerapu harimau, Epinephelus fuscoguttatus ♀ x kerapu gergasi, E. Lanceolatus ♂) dihasilkan buat pertama kalinya pada tahun 2006 di Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Hasil daripada kejayaan ini kemudiannya menjadikan spesies ini sebagai salah satu pilihan utama penternak ikan marin di kebanyakan negara Asia Pasifik kerana kadar tumbesarannya yang tinggi dan mempunyai toleransi yang baik terhadap kemudahan penternakan akuakultur. Buku ini memberi kefahaman kepada pembaca berkenaan kewajaran penghibridan ikan untuk memenuhi permintaan protein ikan. Pengetahuan teknikal berkenaan kaedah penghibridan di antara kedua spesies ini menjadi paparan utama dalam buku ini. Di samping itu, percubaan penghibridan pelbagai spesies kerapu lain turut dibincangkan. Prospek industri kerapu hibrid turut dikupas dengan memberi penekanan tentang keperluan pembangunan akuakultur secara mampan. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada para penyelidik, mahasiswa, pengusaha ikan kerapu hibrid dan masyarakat umum.

Product added to Cart
Copied