image description
# 750413
USD 17.50 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Manuskrip Perubatan Melayu : Warithan Kebitaraan Melayu

Author :  Mohd Affendi Mohd Shafri

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Akademi Jawi Malaysia
ISBN 9789672422136
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2020
Bib. Info 115 p
Categories Malay -- Medicine -- Manuscript -- History of Medicine
Shipping Charges(USD)

Product Description

Manuskrip Perubatan Melayu: Warithan Kebitaraan Melayu merupakan kumpulan artikel pengkajian saintifik ke atas manuskrip perubatan Melayu dalam mencari rawatan-rawatan yang sesuai digunakan untuk bidang perubatan, mengangkat warithan sains tempatan yang sudah lama terpinggir dan seterusnya berusaha untuk melakukan penyahBaratan dalam ilmu-ilmu sains. Makalah hasil pembentangan yang dimuatkan di dalam buku ini, antaranya membincangkan usaha-usaha rangkaian jaringan yang telah dibuat sejak dahulu lagi dalam kalangan tabib dan pengamal perubatan Melayu di dalam perkongsian ilmu penyediaan ubatan serta kaedah peramuan. Di dalam beberapa makalah ini, pembaca juga diberitahu tentang penyelidikan di dalam genre manuskrip yang ada kepentingannya dalam kajian perubatan dan juga pembentangan kajian penyakit umum zaman moden, iaitu kanser, di mana pentunjuk kepada rawatan efektif mungkin dapat dijumpai melalui pengkajian manuskrip-manuskrip perubatan Melayu lama. Peluang-peluang mendalami ilmu pengkajian manuskrip lama dengan pembentangan khazanah sedia ada di Muzium Kesenian Islam Malaysia juga memberi maklumat penting kepada pengkaji-pengkaji yang bergiat di dalam bidang ini.

Product added to Cart
Copied