Novel mengisahkan tiga orang sahabat yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan kini berhadapan dengan masa depan yang tidak menentu. Keadaan masyarakat Melayu Singapura pascamerdeka menghadapi pelbagai cabaran dan pemasalahan politiks, ekonomi dan social. Dengan keadaan kehidupan yang serba kekurangan dan daif, ketiga orang sahabat itu terpaksa mencari tuju hala masing- masing untuk membekalkan diri mereka menghadapi cabaran masa yang tidak menentu iu. Arus gelombang dari budaya barat, pergaulan bebas, dadah, kecurangan membuat kemelut Kampung Sepi semakin mencabar. Kampung Sepi dengan pukulan kentung setiap waktu solat akhirnya menjadi sepi dan meninggalkan legasi apabila ditelan arus kemodenan.