image description
# 760872
USD 18.95 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Sejarah Arab Saudi

Author :  Abdul Rahman Hj Abdullah

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Hijjaz Record Publishing
ISBN 9789672278375
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2020
Bib. Info 320 p
Shipping Charges(USD)

Product Description

Buku ini mengupas sejarah Semenanjung atau Jazirah Arab sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga sekarang. Inilah buku pertama yang mengupas persoalan seumpama ini dengan menyeluruh, yang diketahui tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana penerbit di Alam Melayu ini. Terdapat dua kekeliruan besar dalam penulisan sejarah Semenanjung Arab ini. Pertama, selama ini dalam subjek Sejarah Islam kita hanya mengetahui sejarah Hijjaz atau Haramain (Makkah dan Madinah) pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan zaman Khulafa al-Rasyidin sahaja. Selepas itu sejarah Hijjaz terus hilang dan tenggelam akibat perubahan pusat politik ke Syam atau Damsyik dengan kenaikan Kerajaan Bani Umayyah, lalu berpindah ke Baghdad pada zaman Bani Abbasiyah, dan kemudiannya ke Istanbul pada zaman Uthmaniyah. Apa yang tinggal hanyalah Hijjaz (Makkah dan Madinah) sebagai pusat agama dan ibadah. Buku ini cuba mengisi kekosongan sejarah Hijjaz yang terabai sejak berakhirnya zaman Khulafa al-Rasyidin hingga tertubuhnya Kerajaan Arab Saudi pada tahun 1925. Selain itu, kekeliruan lain dalam penulisan sejarah tentang Sejarah Makkah dan Sejarah Madinah (yang diterbitkan di Arab Saudi) ialah ia hanya mengupas tentang sejarah Kaabah, Hajar al-Aswad, maqam Ibrahim , telaga Zamzam, Masjidil-Haram, Masjid Nabawi, Masya'ir dan sebagainya. Walaupun tema-tema seperti ini penting diketahui, tetapi ia lebih sesuai dalam perbahasan tentang ibadah Haji dan Umrah, bukannya dalam karya tentang sejarah Haramain (Makkah dan Madinah). Buku ini cuba membetulkan kekeliruan ini, dengan membahas sejarah Makkah dan Madinah dalam perpektif sejarah yang sebenar dan tepat . Dengan kenaikan Kerajaan Arab Saudi, kita berkesempatan untuk menumpu perhatian semula kepada kepentingan sejarah di Makkah dan Madinah yang selama ini terpinggir. Disamping jasa Kerajaan Saudi dalam pembangunan negara, terdapat juga sisi gelap yang berlaku di sebalik kemajuan yang pesat.

Product added to Cart
Copied