image description
# 763755
USD 25.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Syair Terakhir : Sebuah Novelet Misteri

Author :  Hajib Sarhan

Product Details

Country
Brunei
Publisher
Healouriman Press, Bandar Seri Begawan, Brunei
ISBN 9789991797632
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2020
Bib. Info 82p.
Product Weight 180 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

"Seorang detektif telah ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan yang melibatkan pujangga terkenal. Pujangga tersebut ditemui tergeletak seorang diri di rumah agam miliknya. Rebah sendiri di sisi meja pejabat peribadinya dengan mata terbeliak, pecahan gelas kaca berselerak, menggenggam pena di sebelah kanan tangan dan pergelangan tangan kirinya pula berlumuran darah.
Pada malam pembunuhannya, banyak peristiwa yang berlaku. Antaranya ialah kehilangan Elona Arabelle yang merupakan kekasih hati pujangga tersebut. Encik Zabidi Lanang yang merupakan pengarah teater sekaligus kawan baik pujangga tersebut menyatakan bahawa mereka berdua telah mengalami perbalahan kecil ketika menghadiri pementasannya pada malam kejadian itu.
Misteri pembunuhannya yang berlaku secara tiba-tiba telah mencetuskan banyak spekulasi dan tanda tanya. Pada awalnya, punca kematian diduga kerana bunuh diri. Namun, setekah diperiksa oleh pihak polis, syair terakhir yang ditulis oleh pujangga tersebut ternyata memiliki pesan yang perlu dirungkai.
Siapakan dalang di sebalik pembunuhan puhangga mashyur ini dan apakah motif pembunuhannya? Kenapa Elona Arabelle menghilangkan diri pada malam kejadian? Apakah maksud syair terakhir si pujangga? Adakah detektif mampu merungkai kes ini? Semuanya akan terjawab di hujung novelet ini".

Product added to Cart
Copied