image description
# 776718
USD 15.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Lastik Kayu

Author :  Norsamila Samsudin

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Menara Seni, Kuala Lumpur, Malaysia
ISBN 9789671647868
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2021
Bib. Info 1v.
Categories Novel
Shipping Charges(USD)

Product Description

‘LASTIK KAYU’, kisah seorang gadis yang degil dan tegas pendirian - Nur Syakila binti Hassan. Terpengaruh dengan kelasakan dua abang kembar di atasnya menyebabkan dia hilang identiti seorang gadis. Berambut pendek dan menggemari permainan yang lasak, Syakila sukar mendapat kawan dari kalangan rakan-rakan perempuan sebaya. Hijab pandangnya yang terbuka juga, lebih menyukarkan dia untuk mendapat kepercayaan, dilepaskan jauh daripada ibu dan ayahnya. Kekerapan dia hilang di bahagian rooftop apartmen rumahnya menyebabkan pergerakannya di’ikat’ oleh si ibu. Dia menjadi bertambah degil bila keinginan untuk meneroka dunia, terhalang. Keputusan Hassan berpindah ke kampung, menjadi tiket kebebasan buat Syakila. Lebih-lebih lagi bila dia bertemu dengan anak jiran sebaya, yang bukan sahaja boleh menerima kepelikan dirinya, malah mereka mempunyai minat yang sama. Yang berbeza hanyalah – teman baru itu berlainan jantina. Sya dan Azril ibarat kembar yang bersaing. Berhujah dalam setiap perkara baru, berkongsi minat membaca dan meneroka. Persahabatan bertambah menarik bila muncul seorang lagi rakan yang sama faham. Mereka bukan sahaja berkawan baik, malah saling membantu bila Syakila diuji dengan sehebat-hebat ujian. Tiada dengki, apatah lagi iri hati. Masing-masing akur dengan pendirian dan perjanjian persahabatan. Hidup, jika ingin bahagia, perlu terlebih dahulu membahagiakan. Hikmah rahsia Tuhan, hanya terbongkar bila sabar dan ikhlas dijadikan landasan. Persahabatan mereka, ibarat lastik kayu yang ada tiga cabang. Dua mencapang, satu pemegang sebagai sokongan. Tanpa salah satu, ia pincang.

Product added to Cart
Copied