image description
# 778495
USD 15.00 (Book in Stock, will be dispatched ASAP)
- +

Hegemoni UMNO : Pembangunan dan Keruntuhannya Menurut Teori Kitaran Ibnu Khaldun

Author :  Firdaus Zainal

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Strategic Information Research Development Centre (SIRD), Malaysia
ISBN 9789672464327
Format PaperBack
Language English
Year of Publication 2021
Bib. Info x, 130p. Includes Bibliography.
Product Weight 220 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Karya ini menceritakan tentang pembentukan, pembangunan dan keruntuhan sebuah parti politik tertua di Malaysia iaitu UMNO. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun 2018, UMNO buat pertama kalinya tewas setelah memerintah Malaysia lebih 60 tahun. Kekalahan UMNO ini telah mengejutkan ramai penganalisis politik dan rakyat Malaysia khasnya. Ini kerana semenjak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, UMNO telah berjaya mengekalkan dominasi dan hegemoni parti merentasi enam dekad dan mencorak masa hadapan Malaysia. Sehingga kini, parti ini masih bergelut dengan perpecahan dalaman dan gagal mencari jalan keluar kepada permasalahan mereka bagi kembali memegang tampuk kuasa. Ibn Khaldun seorang ahli Falsafah dan Sosiologi terkenal dunia telah merungkai proses kewujudan, pembangunan dan keruntuhan sesebuah dinasti dan empayar di dalam karya agungnya Muqaddimah. Idea-idea Ibn Khaldun banyak digunakan pengkaji Sains Politik untuk melihat tentang kemunculan dan keruntuhan beberapa buah dinasti dan kerajaan antaranya ialah Kerajaan Uthmaniyah, Khalifah Sokoto di Afrika Barat dan lain-lain. Ibn Khaldun memperincikan bahawa setiap dinasti/ empayar/kerajaan mempunyai kitaran hidup tertentu sama seperti kitaran hidup manusia iaitu bayi, dewasa dan mati. Beliau membahagikan fasa kitaran ini kepada lima bahagian bergantung kepada Assabiyah di dalam kumpulan itu. Karya ini yang pertama di Malaysia yang menelusuri fasa-fasa pembangunan dan keruntuhan UMNO dengan melihat kepada ciri-ciri dan sifat yang disebutkan Ibn Khaldun di dalam kitab agungnya Muqaddimah. Ia menjawab persoalan kepada apakah faktor yang menyebabkan UMNO tewas setelah lebih enam dekad berkuasa samada parti itu mampu bangun semula untuk kembali memerintah atau sebaliknya.

Content Details

1. UMNO. 2 Hegemony. 3. Political parties ? Malaysia. 4. Political science ? Malaysia. 5. Political culture ? Malaysia. 6. Malaysia ? Politics and government.

Product added to Cart
Copied