image description
# 788986
USD 15.00 (Out of Print)

Kisah Hidup Orang Patani di Malaysia

Author :  Isma Ae Mohamad (Ed)

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
KEA Darul Falah Enterprise, Malaysia
ISBN 9789671705049
Format HardBound
Language Malay
Year of Publication 2021
Bib. Info 266p.
Product Weight 254 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

1. Isma Ae Mohamad, 1983 – Anecdotes. 2. Malays (Asian people) – Thailand – Pattani. 3. Anecdotes. Perjanjian Inggeris-Siam dimeterai pada tahun 1909, sekali gus memisahkan Patani dengan Tanah Melayu. Kemudian, Siam berubah menjadi Thailand dengan Patani kekal dalam jajahan takluknya. Manakala Tanah Melayu diberi kemerdekaan oleh British, dan menjadi Malaysia. Seiring dengan perkembangan semasa, citra negara bangsa di kedua-dua negara semakin jelas kelihatan. Orang Patani diasak menjadi Thai-Muslim. Dalam masa yang sama, peraturan lintas sempadan Thai-Malaysia semakin ketat. Hal ini secara langsung telah mengubah status orang Patani ke Malaysia daripada Melayu dagang kepada orang asing. "Tahun ini, saya telah menerima seorang pelajar asing pendatang tanpa izin, ketika kerajaan sedang membanteras keberadaan pendatang asing tanpa izin di negara kita." Pengetua sekolah tempat penulis buku ini bersekolah menengah berucap dalam perhimpunan mingguan. "Kita orang Patani ni, tidak sudah dengan Malaysia juga." Seorang tukang masak yang mulanya bekerja di Malaysia, kemudian bekerja di Bangkok, dan kembali bekerja di Malaysia. "Kalau gi sor kelamin motong alik Malay, sekali buka duit, boleh 10 ribu ya." Penoreh tua yang membawa semua ahli keluarganya menoreh getah di Gerik, Perak, "Kerja Malay bukan buat kelik pitis, buat kelik ketum. Tauke kedai bagi periuk sor sor soghe buat rebus ketum." Seorang ayah di Patani yang kecewa.

Product added to Cart
Copied