image description
# 789009
USD 29.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat : Surah Yasin

Author :  Ahmad Saifuddin Yusof & Tengku Nurhusni Tengku Ab Razak

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Alim Rabbani Media Sdn Bhd,Malaysia
ISBN 9789671949528
Format HardBound
Language Malay & Arabic
Bib. Info xviii, 314p.
Product Weight 540 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Surah Yasin, majoriti orang Melayu dan rakyat Malaysia kenal Surah Yasin berbanding surah-surah lain. Saban hari dan minggu dibaca untuk diambil manfaat dan berkat dengan kepercayaan terhadap kelebihan tertentu yang disandarkan kepada agama. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memecahkan stigma masyarakat terhadap Surah Yasin dengan menghuraikan satu persatu di setiap baris ayat sehingga memberi penjelasan sepenuhnya intipati surah 'keramat' itu kepada masyarakat. Melalui tema dan kandungan yang pelbagai, 'cuaca' huraian Tuan Guru akan berubah mengikut konotasi ayat yang berbeza. Bermula dengan perbincangan tentang Al-Quran yang Bijaksana, kisah penduduk Qaryah, tanda-tanda penciptaan Allah melalui alam, Hari Pembalasan dan di hujungnya tentang kebenaran mesej yang dibawa oleh para rasul. Walaupun mungkin penjelasan Tuan Guru tidak mencakupi keseluruhan tema, namun penjelasan setiap ayat itu membuatkan hati kita kembang mekar segar semula selepas berkali-kali gugur 'daun' ketekunan di tengah jalan perjuangan. Dengan ilmu yang padat, pengalaman yang banyak serta kearifan lokal dan masyarakat, huraian makna ayat-ayat daripada Surah Yasin ini menjadi sebati dan padu, sehingga kita tidak sangka perspektif kita selama ini terhadap ayat itu sangat berbeza dengan apa yang dijelaskan oleh Tuan Guru. Dalam ribut taufan kerosakan masyarakat dalam segenap aspek sama ada akidah, sosial, budaya, ekonomi dan sebagainya. Huraian Tuan Guru terhadap ayat-ayat Surah Yasin ini akan memberikan cahaya yang terang untuk kita amal dan adaptasi dalam kehidupan. Melalui tiupan angin emosi yang terkandung di setiap ayat, Tuan Guru meluahkannya kepada hadirin supaya dapat diserapi lebih dalam ke lubuk jantung hati sebagai satu lokasi pendaratan hidayah dari Ilahi. "Walaupun benda itu orang panggilnya peti televisyen, tetapi kalau tidak cukup syaratnya menyebabkan tidak nampak gambar dan tidak berbunyi suaranya. Kita ini begitu juga; kaki molek (elok), mata molek, tubuh molek, kesihatan molek, tetapi hati so (satu) itu yang orang panggil Qalbu. Jantung itu kita tidak ambil peduli! Maka dengan sendirinya ilham, taufik, hidayah atau apa semua yang datang daripada langit, sama ada daripada Allah Ta'ala atau daripada malaikat menyebabkannya tidak sampai dan tidak melekat." - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat –

Content Details

1. Qur?an. Surah Yaa Sin ? Criticism, interpretation, etc. 2. Qur?an ? Criticism, interpretation, etc.

Product added to Cart
Copied