image description
# 789011
USD 25.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Muktazilah Dan Persoalan Kebebasan Insan

Author :  Muhammad Imarah

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Islamic Renaissance Front
ISBN 9789671681985
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2020
Bib. Info 300 p
Shipping Charges(USD)

Product Description

Kaum Muktazilah juga dikenali sebagai Ahlu al-‘Adli wa al-Tauhid yakni golongan yang mempertahankan keadilan dan keesaan Tuhan. Sebutan ini lebih mereka senangi karena bersumber daripada dua ajaran pokok iaitu al-’Adlu dan al-Tauhid. Dalam sejarah pemikiran Islam, kaum Muktazilah tampil mengajukan persoalan-persoalan teologi yang lebih mendalam dan kental dengan falsafah dibanding aliran-aliran teologi lainnya. Lantaran itu aliran ini juga dikenal sebagai para ahli filosof dan kaum rasionalis Islam. Kaum Muktazilah juga mempunyai lima doktrin asas yang dikenal sebagai al-Ushul al-Khamsah. Doktrin berlima itu adalah al-Tauhid, al-Adl, al-Wa’d wa al-Wa’id, al-Manzilah bain al-Manzilatain, dan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahyu ‘an al-Munkar. Demikianlah keyakinan mereka bahawa manusia diberikan kebebasan dalam menentukan kehendak dan perbuatannya, serta bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri. Tuhan itu Maha Adil dan berkewajiban berlaku adil. Lantaran itu tidaklah Tuhan yang Maha Adil akan menempatkan seseorang yang zalim ke dalam syurga sebagaimana Dia tidak akan menjerumuskan seorang yang taat ke dalam neraka, kerana hal itu terhasil daripada kebebasan kehendak manusia dalam memilih antara taat atau maksiat. Dalam mengajukan fahaman ini, Kaum Muktazilah berpegang pada firman Tuhan dalam Surah As-Sajdah ayat 17 yang artinya “sebagai balasan daripada apa yang mereka kerjakan“.Seandainya perbuatan manusia itu adalah daripada perbuatan Tuhan sendiri, maka tidaklah perlu diberikan balasan, kerana perbuatan apa sekalipun sifatnya, baik maupun jahat, yang dilakukan manusia adalah perbuatan Tuhan yang tentunya tidak perlu dipertanggungjawabkan oleh insan. Prinsip ini bertolak belakang dengan pegangan Kaum Asha’irah yang berpendapat manusia itu lemah, dan justeru ia bergantung sepenuhnya pada kehendak dan kekuasaan mutlak Tuhan. Bagi mereka, Tuhan adalah pencipta tiap sesuatu, dan tiada pencipta selain Dia, makanya segenap perbuatan manusia adalah daripada ciptaan Tuhan. Disebabkan itu, bagi Kaum Asha’irah, Tuhan yang Maha Berkuasa itu boleh saja menjerumuskan orang yang beriman ke dalam neraka jika Dia menghendaki yang demikian. Demikianlah antara perbahasan yang diangkat dalam penulisan pemikir Islam yang ulung ini, Dr Muhammad Imarah, yang lahir daripada mazhab pemikiran al-aqlaniyyah al-Islamiyyah – rasionaliti yang Islami – Imam Muhammad Abduh.

Product added to Cart
Copied