image description
# 790369
USD 35.00 (Book in Stock, will be dispatched ASAP)
- +

Pengangkutan Air Negeri Terengganu

Author :  Mohd Yusof Abdullah

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit (UMT) Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu, Malaysia
ISBN 9789672939658
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2021
Bib. Info xii, 19p. Includes Index.
Categories Transportation / Boat Industry / Boats and Boating
Product Weight 726 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Buku ini memerihalkan tentang ketinggian ilmu penukang perahu Terengganu membina pelbagai jenis perahu untuk berbagai-bagai tujuan. Mereka menggunakan bahan-bahan yang terdapat di persekitaran bagi menghasilkan segala peralatan pertukangan dan bahan binaan perahu, di samping menggunakan kaedah tersendiri dalam membina perahu. Melalui pemikiran yang kreatif dan daya inovatif, penukang perahu Terengganu dapat menghasilkan perahu mengikut peredaran masa. Selain itu, mereka juga membina perahu dan bot tanpa menggunakan pelan. Pelbagai jenis perahu telah dihasilkan bermula daripada Perahu Jalur sehinggalah perahu yang diperbuat daripada kaca gentian (Fiberglass). Bagi menambah kecantikan perahu, mereka turut menghiasi bahagian-bahagian tertentu pada perahu seperti badan, haluan dengan memasang bangau, okok dan caping manakala di bahagian belakang diletakkan sangga dan sendung. Terdapat juga perahu-perahu tradisi yang dihiasi pada bahagian badan dan haluan perahu, di samping mengukir pemegang atau hulu atau batang kemudi. Masyarakat Melayu Terengganu, bukan hanya pembuat perahu yang mahir dan masyhur tetapi juga merupakan pelaut yang berani dan cekap. Mereka menggunakan Perahu Besar yang dibina di Terengganu, dan berjaya melayarinya sama ada dengan kaedah memalim atau meredah lautan untuk berdagang. Justeru, buku ini turut memaparkan tentang ilmu yang yang dimiliki oleh pelaut Terengganu semasa melayari perahu di lautan. Dalam kehidupan masyarakat tradisi mereka tidak dapat terpisah daripada sistem kepercayaan, adat dan pantang larang. Bermula daripada proses pembinaan sesebuah perahu sehinggalah semasa penggunaannya, pelbagai peraturan, adat dan pantang larang perlu dipatuhi. Bagi mengingati dan menghargai jasa tukang dan nakhoda, maka sebahagian nama dan gambar serta lokasi pembinaan turut dicatatkan dalam buku ini. Buku ini amat berguna kepada orang ramai terutama pencinta sejarah dan budaya, pelajar dan peminat warisan sejarah pengangkutan air Terengganu. Buku ini merupakan sebuah dokumentasi yang berharga mengenai tamadun kelautan Melayu amnya dan Terengganu khususnya.

Content Details

1. Boats and boating - Malaysia - Terengganu. 2. Boatbuilding - Malaysia - Terengganu. 3. Transportation - History - Malaysia. 4. Boating industry. 5. Government publications - Malaysia.

Product added to Cart
Copied