image description
# 836043
USD 22.00 (Book in Stock, will be dispatched ASAP)
- +

Kisah Pelayaran Abdullah Munshi Ke Kelantan 27 Mac 1838

Author :  Abdullah Munsyi , Saufy Jauhary

Product Details

  • Country Malaysia
  • Publisher Legasi Pemikir – LEKIR,Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • ISBN9789671777329
  • FormatPaperBack
  • LanguageMalay
  • Year of Publication2022
  • Bib. Info200p.
  • Product Weight300 gms.
  • Shipping Charges(USD)

Product Description

Maka kunamai akan kitab itu "Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan". Maka Adalah kitab itu sekarang sudah habis dibeli orang. Maka jikalau kiranya tuan-tuan membaca kitab itu nescaya bolehlah tuan-tuan mengetahui akan adat-adat dan peraturan raja-raja Melayu dan bagaimana hal negerinya dan peri kedudukannya mereka itu sekalian, maka dengan selesainya ada kusebutkan dalamnya itu. Maka aku telah mendapat suatu surat fari negeri Paris, ada seorang tuan telah menyalinkan pelayaranku itu ke dalam Bahasa Perancis. Syahdan apabila didengar oleh isteriku perkataan orang aku ditangkap oleh perompak, ada setengah orang berkata sudah mati dalam perang Kelantan, tiada berketahuannya. Hatta setelah sudah aku pulang, maka datanglah sekalian adik kakak sekampung dan sahabat sehandai sekalian melawat akan daku, serta bertanyakan khabar darihal pemergianku. Maka kubacakanlah kepada mereka itu akan hikayat aku berlayar itu. Maka masing-masing pun hairanlah serta penuhlah dengan hairan sebab mendengarkan adat-adat dan kelakuan dan hukuman dan undang-undang raja-raja Melayu itu tersangat jauh bezanya dengan hukuman dan undang-undang orang putih. - Abdullah Munsyi-

Product added to Cart
Copied