focus in
# 842476
USD 22.50 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Suruhanjaya Perdamaian Larut (1874-1879)

Author :  Nor Hisham Bin Zulkiflee

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Geroda Merah Press, Malaysia
ISBN 9789672673187
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2022
Bib. Info xiii, 149p. Includes Index ; Bibliography
Categories History
Product Weight 250 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Kajian Ini Membincangkan Sejarah, Kesan Dan Pembentukan Suruhanjaya Perdamaian Larut Kepada Negeri Perak. Ia Membincangkan Faktor Dan Kesan Setempat Di Daerah Larut Daripada Penubuhan Suruhanjaya Pertama Di Negeri – Negeri Melayu Ini Dari Tahun 1874 Hingga 1879. Definisi Suruhanjaya Ialah Satu Unit Pentadbiran Yang Berbentuk Sementara Untuk Mengkaji Sesuatu Perkara Atau Masalah Dan Membuat Perakuan – Perakuan Kepada Kerajaan Bagi Menyelesaikannya. Ruang Lingkup Kajian Ini Akan Berkisar Kepada Pembentukan Suruhanjaya British Ini Dan Impaknya Terhadap Perkembangan Daerah Larut Dari Tahun 1874 Hingga 1879. Sejarah Adalah Satu Rentetan Peristiwa Yang Lampau. Oleh Itu, Perbincangan Ini Dimulakan Dengan Pertelingkahan Dan Perebutan Kongsi – Kongsi Gelap Cina Di Larut Bagi Memudahkan Kefahaman Terhadap Apa Yang Berlaku Seterusnya Selepas Tahun 1874. Seterusnya Perbincangan Ini Turut Meliputi Perjanjian Pangkor Yang Cuba Menamatkan Anarki Yang Berlangsung Di Larut Tersebut. Perjanjian Itu Kemudiannya Telah Mencetuskan Asas Kepada Pembentukan Suruhanjaya Perdamaian Larut, Suruhanjaya Pertama British Di Negeri – Negeri Melayu Bagi Memastikan Keberhasilan Perdamaian Yang Dicapai Di Larut. Hasil Kajian Telah Mendapati Percubaan Awal Intervasi Pihak British Ini Telah Berjaya Dan Meninggalkan Beberapa Kesan Ketara Dalam Sosio-Politik Di Larut. Sebahagian Besarnya Daripada Pembentukan Suruhanjaya Ini Memberikan Impak Yang Positif Dan Juga Terdapat Sedikit Implikasi Negatif Dalam Perkembangan Daerah Larut Akan Ditelitikan Dalam Kajian Ini.

Product added to Cart
Copied