| Country | |
| Publisher | |
| ISBN | 9789672519881 |
| Format | PaperBack |
| Language | Malay |
| Year of Publication | 2023 |
| Bib. Info | 310p. Includes Index |
| Categories | Politics/Current Affairs |
| Product Weight | 500 gms. |
| Shipping Charges(USD) |
Pada awal abad ke-19, kebanyakan imigran wanita Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu adalah comfort women, fenomena ini berubah setelah dasar kerajaan Inggeris membenarkan buruh wanita Cina membawa bersama anggota keluarga untuk menetap di Tanah Melayu. Dengan populasi migran Cina yang semakin meningkat, proses urbanisasi dan modernisasi mendorong wanita Cina peka dengan penglibatan dalam persatuan dan politik. Sebelum merdeka, budaya politik wanita Cina di Tanah Melayu adalah berkiblatkan ideologi Tanah Besar Cina. Ini dapat dilihat antaranya melalui penglibatan aktif imigran wanita Cina dalam Parti Komunis Malaya (PKM). Hakikatnya, naratif budaya politik wanita Cina di Malaysia sangat dinamik, iaitu berubah mengikut masa dan keadaan. Buku ini membincangkan budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia dengan mengupas proses sosialisasi serta cabaran politik melalui kerangka teori Intersectionality yang menuntut faktor multidimensional yang saling berkait dan bertindan dihujah secara sederap dalam memahami evolusi dan penglibatan wanita Cina dalam politik yang sering kali dilihat pasif.