| Country | |
| Publisher | |
| Format | PaperBack |
| Language | Malay |
| Year of Publication | 2013 |
| Bib. Info | 140p. |
| Categories | Religion - Islam |
| Product Weight | 250 gms. |
| Shipping Charges(USD) |
Buku ini menumpukan perbincangan mengenai qurban dan ‘aqiqah secara terperinci dengan gaya paparan soal dan jawab. Penulis memaparkan dalil dan hujah yang perlu agar pembaca dapat beramal dengan lebih meyakinkan di samping memurnikan pertembungan pandangan yang berlaku agar masyarakat memahami perselisihan ilmu adalah suatu yang sihat sekiranya dipaparkan dengan cara yang hikmah. Metodologi penulisan buku ini yang berbasiskan Mazhab Syafi’i dinukil dari sumber ilmu yang berotoriti di dalam mazhab dan dunia ilmu. Penulis juga memberikan beberapa cadangan dan nasihat serta teguran kepada mereka yang terlibat dengan ibadah ini. Qurban dan 'Aqiqah adalah ibadah yang menyaksikan penumpahan darah haiwan sebagai satu lambing pengabdian dan kegembiraan seseorang hamba. Besar harapan agar manifestasi ibadah qurban dan ‘aqiqah ini mampu mencorak ummah. Namun ibadah tersebut tidak akan mencapai objektifnya jika tatacara ibadah tersebut tidak menepati apa yang di syariatkan oleh Syari’ Al-Hakim.