image description
# 855005
USD 27.50 (Book in Stock, will be dispatched ASAP)
- +

Piring Puisi Melayu

Author :  Abu Muawiyah

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Maktabah Nasir Addunya Waddin Enterprise, Kajang, Malaysia
ISBN 9786299792208
Format PaperBack
Language Malay & Arabic
Year of Publication 2023
Bib. Info x, 326p.
Categories Historical Arts/Ceramics/ Literary Criticism - Literature
Product Weight 600 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Piring Puisi Melayu merupakan sebuah kajian yang mendalami keindahan dan kedalaman seni puisi yang dihias pada kepingan piring-piring Eropah yang masuk ke Alam Melayu menerusi Betawi, Indonesia. Piring Eropah terhias puisi-puisi Melayu sememangnya memilih daya tarikan cukup tinggi. Paparannya bukan sahaja menawan ai yang melihat, bahkan turut mempesonakan hati yang membacanya Adapun di sini akan dihuraikan serba sedikit elemen-elemen yang terkandung di muka hadapan dan belakang piring puisi Melayu beserta variasinya. Turut disentuh hal-hal selainnya berkaitan latar piring puisi Melayu yang mesti diketahui oleh setiap pembaca. Penulis membawa pengenalan kepada struktur dan elemen yang terkandung dalam piring puisi Melayu berpandukan gambar rajah piring yang diberikan. Pada tahun 1850 hingga 1900 telah menyaksikan kemasukan besar-besaran seramik khususnya berbentuk piring dan mangkuk dari Eropah. Persaingan antara firma-firma Eropah juga sengit berlaku terutama dalam usaha untuk memonopoli pasaran seramik di Alam Melayu. Maka kita dapat lihat persaingan lebih tertumpu kepada peragaan muka hadapan piring dalam upaya menambat hati penduduk Alam Melayu di samping soal kualiti, reka bentuk, harga dan keselesaan. Adapun secara umumnya piring-piring seramik Eropah yang masuk ke Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama adalah piring-piring yang bersifat umum bagi pasaran universal. Piring-piring ini dieksport bukan sahaja ke wilayah-wilayah Asia Tenggara, bahkan juga ke serata pelosok alam dan hari ini ia turut dapat ditemui di negara-negara luar yang lain. Manakala kategori kedua pula adalah pasaran khusus bagi Asia Tenggara dan kebanyakan disasarkan ke negeri-negeri Melayu. Piring seramik dalam kategori kedua ini memaparkan gambaran negeri-negeri Melayu, haiwan, tumbuhan, buah-buahan, ilustrasi latar pemandangan negeri-negeri Melayu, nama-nama wilayah dalam Alam Melayu, bertulisan rumi dan jawi, kalimah syahadah, nama-nama khalifah Islam, dan puisi-puisi Melayu nan indah dalam tulisan jawi. Untuk paparan puisi-puisi tersebut, dikaji secara khusus menerusi buku ini. Adapun diketahui piring-piring bertulis puisi Melayu ini telah dikeluarkan oleh firma W. Adams & Sons, J., Hawley dan F. Regout & Co. Dianggarkan piring-piring ini dikeluarkan seawal 1850 manakala keluaran F. Regout agak lewat iaitu sekitar tahun 1892-1896.

Product added to Cart
Copied