| Country | |
| Publisher | |
| ISBN | 9789672586753 | 
| Format | PaperBack | 
| Language | Malay | 
| Year of Publication | 2023 | 
| Bib. Info | xvi, 246p. Include Index. | 
| Categories | Politics/Current Affairs | 
| Product Weight | 400 gms. | 
| Shipping Charges(USD) | 
Naskhah Politik Oposisi merupakan naskhah yang diambil daripada sebahagian tesis PhD Dr. Hamdan Mohd. Salleh yang bertajuk Satu Kajian Tentang Kemunculan, Evolusi dan Pengukuhan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sebagai Sebuah Entiti Parti Politik Oposisi di Malaysia, 1998-2008 yang telah diselesaikan di Universiti Selangor (UNISEL) pada tahun 2013. Kerangka politik oposisi tentunya merupakan suatu aspek perbincangan yang amat menarik namun bukanlah merupakan satu bidang kajian yang popular di Malaysia. Ada kalanya perkara ini dianggap sebagai satu isu yang boleh menimbulkan keadaan yang sensitif, beremosi dan provokatif. Namun begitu, PRU 2018 dan PRU 2022 telah berjaya mengubah tanggapan ini. Parti-parti oposisi di Malaysia yang sepatutnya menjadi pengimbang (check and balance) dan sebagai kuasa alternatif dalam legislatif sesebuah parlimen kerap dilihat sebagai pembangkang yang tugasnya hanyalah membangkang semata-mata dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Naskhah Politik Oposisi ini telah memberi tumpuan bermula dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998 yang turut memberi fokus kepada lahirnya gerakan reformasi serta pembentukan Parti Keadilan Rakyat atau lebih dikenali sebagai KEADILAN dan bukan dengan akronim PKR. Kemunculan parti ini sebagai kumpulan oposisi telah mencipta sejarah serta mengubah corak politik Malaysia buat selamanya.