focus in
# 856704
USD 35.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Suami Isteri Naik Haji

Author :  Abdur-Razzaq Lubis

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Areca Books Asia Sdn Bhd, Pulau Pinang, Malaysia
ISBN 9789675719462
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2023
Bib. Info ix, 322p. Include Index.
Categories History
Product Weight 600 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Raja Shahabuddin dan isterinya Rahmah naik haji dari Malaya pada 1939–1940. ‘Peperangan Besar Eropah’ baru sahaja meledak di dunia atas angin sembari ‘U-boats’ (kapal selam Jerman) menjadi jerung yang bermaharajalela di lautan lepas. Pasangan suami isteri tersebut bertarung nyawa meredah samudera dan sekujur tanah gurun untuk mencukupkan rukun Islam yang kelima, biarpun syarak mengizinkan keuzuran mengambil kira laluan yang tidak aman dan membahayakan jiwa raga. Raja Haji Shahabuddin bin Raja Bilah (1884–1968) menjadi saksi mata kebrengsekan nasionalisme Arab, kewujudan ‘pasar budak’memperdagangkan gadis perawan dan kanak-kanak di Mekah, serta kerakusan puak Wahabbi meranapkan kubah-kubah kaum kerabat Rasulullah, selawat dan salam ke atasnya, di kota-kota kudus umat Islam. Karya Raja Shahabuddin yang ditinta dalam aksara Jawi dan dicetak pada 1941 sebelum pendudukan Nippon (hanya satu naskhah sahaja yang dapat dikesan) merupakan kesinambungan mata rantai dan rekod zaman pengerjaan haji pada abad ke-20, mengisi lompang (lacuna) rihlah dari Tanah Semenanjung ke Tanah Haji Hijaz al-Jazirah Arab. Kisah ini adalah satu-satunya babad haji yang ‘gender sensitive’, justeru ia menawarkan wacana tentang gerak-geri isterinya Rahmah sepanjang pertualangan mereka.

Product added to Cart
Copied