Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789811881763 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2023 |
Bib. Info | 1v. |
Categories | Performing Arts |
Shipping Charges(USD) |
Setelah 35 tahun, PUNCAK menanjak ke menara pembukuannya. Bukan tidak ada niat setelah menerima anugerah sastera naskhah terbaik untuk membukukannya, namun belum menemui kesempatan. Terlalu taksub mengendali pementasan. Menerbitkan karya terumbang-ambing dek gelombang penataan seni pementasan teater dan penulisan naskhah serta penerbitan drama televisyen semasa bertugas di Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC/Mediacorp). Alhamdulillah kesempatannya datang mendadak. Bukan tidak ada karya yang telah dibukukan. Ada. Drama 'Encong' diterbitkan di Universiti Brunei Darusalam pada tahun 1985. Jasa baik pensyarah Dr Rasiah Halil pada ketika itu menggunakan drama 'Encong' sebagai teks Pengkajian Drama-Drama Asean. Drama AWANG KERAMBIT yang meraih Hadiah Penghargaan Anugerah Sastera termuat dalam buku drama terbitan Majlis Seni Kebangsaan (1988). Drama '2000' termuat dalam buku Antologi Drama Asean terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. Buku "Musika Lorong Buangkok" sempena pementasannya diterbitkan oleh Puan Azizah Zakaria dan Rafaat Hamzah dari Penerbitan Cokelat. Bukan tidak ada karya yang telah dibukukan. Ada. Drama 'Encong' diterbitkan di Universiti Brunei Darusalam pada tahun 1985. Jasa baik pensyarah Dr Rasiah Halil pada ketika itu menggunakan drama 'Encong' sebagai teks Pengkajian Drama-Drama Asean. Drama AWANG KERAMBIT yang meraih Hadiah Penghargaan Anugerah Sastera termuat dalam buku drama terbitan Majlis Seni Kebangsaan (1988). Drama '2000' termuat dalam buku Antologi Drama Asean terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. Buku "Musika Lorong Buangkok" sempena pementasannya diterbitkan oleh Puan Azizah Zakaria dan Rafaat Hamzah dari Penerbitan Cokelat.
1. Malay drama ? Singapore. 2. Theatre ? Singapore.