| Country | |
| Publisher | |
| ISBN | 9789672422488 | 
| Format | PaperBack | 
| Language | Jawi & Malay | 
| Year of Publication | 2023 | 
| Bib. Info | xvi, 146p. | 
| Categories | History | 
| Product Weight | 300 gms. | 
| Shipping Charges(USD) | 
Qawam al-Din pada Menerangkan Perdirian Agama merupakan salah satu karangan istimewa Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi yang membahathkan perihal rukun iman. Naskhah ini sangat nadir kerana dipercayai satu-satunya karya bahasa Jawi berbentuk kitab tunggal yang terawal ditashihkan oleh ‘alim ulung Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah Tanah Melayu, iaitu Shaykh ‘Abdu’Llah Fahim. Hal ini tidak menghayrankan kerana hubungan aqrab antara Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi dengan gurunya itu, semasa menuntut dan berkhidmat di Madrasah Da’irat al-Ma‘arif al-Wataniyyah, Kepala Batas. Qawam al-Din dikarang oleh Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi atas permintaan Shaykh ‘Abdu’Llah Fahim, sebagai pertolongan khayrat Madrasah Da’irat al-Ma‘arif al-Wataniyyah ke atas Tuan Guru al-Ustadh Haji Abu Bakar al-Baqir yang sedang bergelut mendirikan Madrasah al-Ihya’ al-Sharif, Gunung Semanggol. Naskhah Qawam al-Din yang ringkas dan kemas ini menjadi bukti penzahiran kasih seorang tuan guru dan semangat setia kawan anak muridnya dalam mendidik anak bangsa mencapai kebahagiaan dan kemuliaan.