focus in
# 859799
USD 14.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Penulisan Tafsir Mawdui Di Malaysia

Author :  Sahlawati Abu Bakar,Haziyah Hussin,Wan Nasyrudin Wan Abdullah

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
ISBN 9786297547893
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2023
Bib. Info 184p. Include Index.
Categories Religion - Islam
Product Weight 300 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Puji dan syukur penulis panjatkan kehadrat Allah SWT yang telah mengurniakan rahmat dan pertolongan bagi menyempurnakan penulisan buku ini. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW yang telah memberikan contoh teladan yang baik buat umatnya sebagai bekalan menuju jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Buku ini merupakan rentetan penulisan tesis Doktor Falsafah yang bertajuk Pendekatan Tafsir Mawdiri dalam Penulisan Tafsir di Malaysia. Perbahasan dalam buku ini menyentuh sejarah pertumbuhan dan perkembangan tafsir mawdiri, kedudukan tafsir mawdiri di Malaysia, aplikasi pendekatan tafsir mawdiri di Malaysia berdasarkan lafaz tema dan surah, prosedur pendekatan tafsir mawdiri dan prospek tafsir mawdi. Jika disorot, pertumbuhan tafsir mawdirt bermula semenjak zaman Nabi SAW lagi apabila baginda mentafsirkan al-Quran dengan al- Quran. Perbahasan mengenai perkembangan tafsir mawdiri pula bermula dengan penulisan kitab-kitab tafsir yang berkonsepkan tafsir mawdiri dan seterusnya berkembang kepada penulisan kitab-kitab tafsir menggunakan pendekatan tafsir mawdiri yang khusus. Fokus utama buku ini ialah aplikasi pendekatan tafsir mawdiri dalam penulisan tafsir di Malaysia. Tiga jenis tafsir mawdiri yang ditulis, iaitu tafsir mawdiri jenis lafaz, tema dan surah. Tafsir mawdiri ialah pendekatan tafsir yang menekankan kaedah pentafsiran al-Quran secara bertema. Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh ulama timur tengah pada tahun 1970-an dan selepas itu muncul penulisan tafsir mawdi i sama ada menyentuh aspek metodologi ataupun penulisan karya khusus tentang tafsir mawdiri. Pendekatan tafsir ini telah melalui proses evolusi dan mempunyai perbezaan dari aspek prosedur dan praktik dalam kalangan sarjana tafsir. Perbezaan ini telah memberikan kesan secara tidak langsung kepada penulisan tafsir mawdiri di Malaysia. Meskipun penulisan tafsir mawdiri di Malaysia semakin berkembang pada kurun ke 21 ini, pendekatan yang digunakan perlu diteliti berikutan cara pengkategorian kitab-kitab tafsir mawdiri di Malaysia tidak konsisten dalam kalangan pengkaji tafsir.

Product added to Cart
Copied