focus in
# 866454
USD 10.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Modul Penulisan Kreatif Sajak,Cerpen,Novel,Filem

Author :  Sohaimi Abdul Aziz, Siti Hazneza Abdul Hamid

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Penerbit Persatuan Karyawan Pulau Pinang, Malaysia
ISBN 9789834258351
Format PaperBack
Language Malay
Year of Publication 2021
Bib. Info xiv, 156p.
Categories Literature
Product Weight 300 gms.
Shipping Charges(USD)

Product Description

Tugas menghasilkan karya sastera, sama ada prosa, puisi atau drama merupakan satu proses penciptaan dan proses mencipta karya itu dianggap sebagai sesuatu yang misteri. Namun begitu, buku ini dapat merungkaikan misteri itu secara sistematik dan jelas. Sebagai satu modul, buku ini mempersembahkan satu pendekatan terbaik dalam mempelajari proses kreatif penulisan karya sastera. Penggunaan buku ini dibahagikan kepada tiga komponen yang berhubungan, iaitu ilmu, kemahiran dan latihan atau aktiviti. 13 buah model yang terkandung dalam buku ini dibangunkan dalam kerangka tiga komponen ini. Setiap modul mengandungi ilmu, seperti dalam Modul 1 dikemukakan ilmu tentang dunia cerita sebagai dasar penciptaan karya sastera dan ilmu ini diikuti dengan kemahiran yang berkaitan dengan mencipta cerita yang sesuai untuk dijadikan karya sastera. Kemudian, satu latihan atau aktiviti disediakan untuk memantapkan kefahaman dan kemahiran yang dipelajari. Tegasnya, buku ini merupakan satu modul besar yang amali sifatnya dan sangat sesuai untuk mereka yang bercita-cita menjadi penulis karya kreatif yang berjaya mencapai taraf penulis jutawan. Modul dalam buku ini adalah seperti yang berikut: Modul 1 Cerita dan Cerita dan Cerita Modul 2 Mencipta dan Kreativiti: Proses Kreatif dan Konvensional dan Kontemporari Modul 3 Bagaimana Kita Hendak Bercinta Dengan Sajak? Modul 4 Bermain-main dengan Bahasa, Lama-Lama Menjadi Sajak Modul 5 Tip Menjadi Novelis Popular dan Luar Biasa Modul 6 Membentuk Cerpenis Yang Ummph ... Modul 7 Karya-Karya Besar Dunia dan Malaysia Sumber Ilhamku Modul 8 Apakah yang Menarik dalam Mengadaptasi Karya Sastera? Modul 9 Proses Penulisan Skrin: Daripada Idea ke Atas Kertas dan ke Layar Modul 10 Kritikan Sastera Memandaikan Pengarang, Pembaca dan Pengkritik Modul 11 Pemasaran Karya Kreatif: Konvensional dan Digital Modul 12 Enaknya Menyunting Karya Sendiri Modul 13 Petua Berkarya: Daripada Naskhah Mentah Kepada Penerbitan

Product added to Cart
Copied