Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789811731501 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2023 |
Bib. Info | 176p. |
Categories | Literature |
Product Weight | 250 gms. |
Shipping Charges(USD) |
PADA saya puisi, ketika itu, memang kelihatan sedang mencari satu pendirian dan prinsip perpuisian dalam meneroka dan mencari keselesaan yang wajar terhadap jati diri puisi Melayu ini dengan berbagai-bagai eksperimen baik dalam tema, falsafah pemikiran dan perasaan serta dalam yang dapat digubah secara holistik dalam persembahan. Namun begitu pada peringkat awalnya pula tekanan tertumpu kepada mendepani nilai kegamaan, yang sedang dicari-cari tanpa pedoman yang jelas sebagai anak muda tetapi memerhatikan juga kepada tema yang sudah cukup tua bergulat dan terlunta iaitu cinta. Namun ciptaan puisi yang sempat dicerna, dicoret dan direkam dalam tema dalam rentasan pemikiran yang saya tekuni itu mulai menjejaki perjalanan jauh dan terasa agak sukar sedikit dalam sifat yang yang terus laju meneroka dan dari aspek itu mulai bercambak dan sedikit sebanyak juga mahu berubah teruatama dalam pendekatan ciptaan-ciptaan karya saya. Puisi-puisi yang dimuatkan daalam buku ini kebanyakannya lebih dari 70% sudah tersiar dalam berbagai surat-khabar dan majalah-majalah budaya/sastera seperti Berita Minggu (Singapura /KL), Utusan Zaman (KL), Mingguan Arena (Singapura), Majalah Filem (Singapura), Dewan Sastera (KL), Dewan Masyarakat (KL), PENULIS (Pena/KL), Majalah DIAN (Kelantan), Majalah Santajiwa (Kelantan), Majalah al-Islah (Pulau Pinang) dan lain-lain. Banyak juga puisi-puisi saya dibaca, diulas dan diterbitkan dalam rancangan puisi Manikmati ajak terbitan Bahagaian Melayu Radio Singapura yang bermula dari rtengahan tahun 1960-an hingga awal tahun 1970-an.