Country | |
Publisher | |
ISBN | 9789811731532 |
Format | PaperBack |
Language | Malay |
Year of Publication | 2023 |
Bib. Info | 68p. |
Categories | Literature |
Product Weight | 100 gms. |
Shipping Charges(USD) |
SEBENARNYA terdapat berbagai cara atau bentuk penerbitan buku antologi atau kumpulan puisi dari seseorang penyair. Masing-masing dari mereka memliki tujuan tertentu dalam usaha untuk membeli masyarakat penikmat atau pembaca dengan berbagai cara 'menjual'nya. Jangan salah faham puisi itu bukan barangan tetapi falsafah ataupun ideologi yang terselih di dalamnya dengan tujuan dan konsep perjuangan seseorang penyair. Saya mempunyai cara tersendiri bagaimana hendak menonjolkan puisi-puisi ke tengah-tengah pasaran puisi yang sangat kecil itu dan tidak begitu diminati. Entah berapa titik poin dari kalangan masyarakat itu pula yang menjadi 'pembeli atau peminat atau penikmat puisi-puisi ada umumnya. Tetapi ada penyair masih papan atas atas saham puisi ini kerana puisi itu sendiri adalah sejarah khazanah yang unik dan tidak akan 'hilang dalam minda dan kehidupan yang diwakili oleh para penyair dengan pasaran seni masyarakat sendiri tangap disedari dalam berbagai bentuk dan rupa apa pun. Kerana dengan begitu karya seni dalam hubungan ini puisi maka secara tidak langsung terjadilah proses produksi yang kreatif kerana puisi berada dalam suasana yang berbagai dimensi dalam dunianya tersendiri. Puisi memang tidak cukup untuk semua meluahkan perasaannya karena puisi itu sudah ada fungsi dan peraanannya. Adalah, tidak tepat atau tidak wajar menyatakan kalau fungsi puisi itu tidak memenujihi luahan perasaan dalam proses semacam telling the story' misalnya maka carilah format lain seperti cerpen atau novel atau drama untuk mencukupinya.