| Country | |
| Publisher | |
| ISBN | 9789834945114 |
| Format | PaperBack |
| Language | Malay |
| Year of Publication | 2024 |
| Bib. Info | xxii, 156p. Includes Index; Bibliography |
| Categories | Religion - Islam |
| Product Weight | 250 gms. |
| Shipping Charges(USD) |
Pembangunan Jiwa Mandiri menelusuri falsafah, nilai, hakikat pengetahuan, pedagogi dan pembangunan potensi termasuk dari sudut psikologi yang menjadi amalan dalam institusi pengajian pondok sejak zaman-berzaman. Jiwa mandiri yang dibahaskan dalam buku ini adalah untuk membebaskan diri daripada belenggu keduniaan dan secara konsisten memandang dunia ini sebagai medan perjuangan bagi mengambil faedah untuk bekalan hari akhirat. Institusi pengajian tradisi seperti pondok di Malaysia mempunyai keunikan dan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam bidang pendidikan arus perdana. Keunikan yang dimaksudkan ialah objektif dan hala tuju pendidikannya yang jelas, iaitu matlamat untuk melahirkan insan yang bertakwa kepada Allah SWT dan faham serta tahu tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang khalifah yang diamanahkan untuk mengurus dan mentadbir alam dengan sebaik-baiknya.