| Country | |
| Publisher | |
| ISBN | 9789834941628 | 
| Format | PaperBack | 
| Language | Malay | 
| Year of Publication | 2023 | 
| Bib. Info | xiv, 578p. Includes Index ; Bibliography | 
| Categories | Linguistics | 
| Product Weight | 700 gms. | 
| Shipping Charges(USD) | 
Buku ini pastinya akan menyentak pembaca kerana kandungannya bukan sekadar menambah pengetahuan tentang kekuatan bahasa Melayu dalam bidang Sains dan Matematik sejak abad ke-5 Masihi lagi tetapi memberikan beberapa fakta yang luar biasa pula. Pertamanya, sistem angka perpuluhan seperti sekarang ini terbukti dimulai oleh tamadun berbahasa Melayu pada abad ke-7 Masihi lagi, yakni tertua di dunia. Tamadun ini juga terbukti mendahului tamadun berbahasa Inggeris dalam bidang aritmetik sebelum abad ke-19 Masihi. Dalam bidang ekonomi dan perdagangan antarabangsa juga hal ini berlaku pada abad yang sama, bahkan dasar pembangunan kesubahagiaan negara telah wujud pada abad ke-7 Masihi, unit-unit barangan, mata wang dan kewujudan kapal-kapal perdagangan yang luar biasa besarnya, dikenali sebagai jung, telah pun terkenal di seluruh dunia pada abad ke-12 Masihi.