| Country | |
| Publisher | |
| ISBN | 9786297776163 |
| Format | PaperBack |
| Language | Malay |
| Year of Publication | 2025 |
| Bib. Info | 308p. Includes Index |
| Categories | Biography/Memoirs |
| Product Weight | 600 gms. |
| Shipping Charges(USD) |
Pada tahun 1953, Borhan yang masih muda ‘melarikan diri’ daripada kesukaran hidup untuk menyertai *Boys Company* di Maktab Tentera Persekutuan. Berbekalkan semangat kembara dan keberanian, beliau memilih kerjaya ketenteraan sebagai haluan hidupnya. Semasa berkhidmat dengan Pasukan Khas Tanah Melayu Pertama di Congo (1960–1961), keberanian luar biasa yang dipamerkannya mencerminkan semangat anak muda yang berani dan nekad. Sifat-sifat ini jelas menunjukkan keperibadian seorang pemuda berani yang kemudiannya mengambil alih tampuk pimpinan Unit Perkhidmatan Khas Malaysia pada tahun 1965. Dalam tempoh 15 tahun, beliau mentransformasikan unit tersebut menjadi pasukan yang kini dikenali sebagai Grup Gerak Khas (21 GGK).