| Country | |
| Publisher | |
| ISBN | 9786294912885 |
| Format | PaperBack |
| Language | Malay |
| Year of Publication | 2026 |
| Bib. Info | 178p. Includes Index; Bibliography |
| Categories | Communication/Journalism |
| Product Weight | 300 gms. |
| Shipping Charges(USD) |
Media memainkan peranan yang besar dalam mencorak politik sesebuah negara. Perkembangan pesat teknologi turut mengubah landskap politik negara yang tidak pernah dijangka akan berubah dengan drastik kesan daripada penggunaan meluas media baharu. Lebih 60 tahun landskap politik negara tenang tanpa banyak kejutan dalam setiap pilihan raya melalui mesej-mesej politik yang diterima rakyat daripada media tradisional. Tetapi, tsunami politik yang berlaku sejak pilihan raya umum tahun 2018 merubah segalanya. Ternyata media baharu merupakan ejen perubahan yang amat memberikan kesan kepada perjalanan politik negara yang penuh kejutan, kerana kandungannya yang lebih bebas dan lebih menyeluruh berbanding media tradisional yang telah mendominasi sejak merdeka.