focus in
# 925268
USD 75.00 (Book Not in Ready Stock, will take 45-60 days to source and dispatch)
- +

Warkah Baginda Omar: Sultan Terengganu IX (1839-1876): Warisan Agung Alam Melayu

Author :  Arkib Negara Malaysia

Product Details

Country
Malaysia
Publisher
Arkib Negara Malaysia, Malaysia
ISBN 9789679121940
Format HardBound
Language Malay & Arabic
Year of Publication 2025
Bib. Info xxvi, 262p. Includes Index
Categories History
Shipping Charges(USD)

Product Description

Warkah Baginda Omar, Sultan Terengganu IX (1839-1876): Warisan Agung Alam Melayu mempersembahkan khazanah Surat-surat Persendirian Baginda Omar, pemerintah yang dikenang kerana kebijaksanaan pentadbiran, keunggulan diplomasi, serta keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat dan pengembangan syi'ar Islam. Koleksi warkah ini telah diiktiraf sebagai warisan dokumentari serantau oleh UNESCO melalui Memory of the World Asia-Pacific Regional Register (MOWCAP) pada 8 Mei 2024, menjadikannya antara dokumen penting yang mencerminkan pemikiran dan keunggulan peradaban istana Melayu abad ke-19. Ditulis dalam bahasa Jawi klasik dan gaya persuratan istana, warkah-warkah ini tidak hanya merakam strategi pemerintahan dan hubungan diplomatik, tetapi turut mengungkap adab, nilai keilmuan dan kearifan kepimpinan raja-raja Melayu. Buku ini mengetengahkan peranan dokumen diraja sebagai warisan dokumentari yang memelihara memori sejarah, jati diri bangsa dan kedaulatan negeri. Ia juga menjadi cerminan betapa warisan seperti ini harus diteliti, dipelihara dan dihargai oleh generasi kini dan akan datang sebagai warisan agung Alam Melayu.

Product added to Cart
Copied